awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oscars 2023: Michelle Yeoh kebanggaan Malaysia, kini di mercu persada filem

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2023
23:15 MYT
Oscars 2023: Michelle Yeoh kebanggaan Malaysia, kini di mercu persada filem
Andai rezeki berpihak kepada Michelle Yeoh di Anugerah Akademi, hari ini, beliau akan melakar sejarah sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik. - Gambar fail AFP
TENTU sekali sebilangan besar rakyat Malaysia menanti dengan penuh teruja keputusan yang bakal diumumkan pada cara perfileman terbesar dunia, Anugerah Academy (Oscars) ke-95 anjuran Hollywood yang akan berlangsung pagi ini (hari Ahad malam di Los Angeles, Amerika Syarikat).
Masakan tidak, pada acara gemilang itu, tumpuan sudah tentu akan diberikan kepada seniwati Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang tersenarai dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam pertandingan itu.
Andai rezeki berpihak kepada anak seni kelahiran Ipoh, Perak itu, Michelle akan melakar sejarah sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi kategori itu.
Bahkan, andai benar-benar trofi itu digenggam Michelle, beliau juga akan menjadi wanita bukan kulit putih pertama yang memenangi kategori itu selepas selang masa dua dekad, sejak Halle Berry memenanginya pada tahun 2002.
Justeru, bukan hanya anak-anak jati Ipoh yang akan berbangga dengan pencapaian itu, sebaliknya, seluruh rakyat Malaysia juga sudah tentu akan meraikan kecemerlangan yang dilakar Michelle pada acara yang diadakan di Dolby Theatre, Los Angeles, hari ini.
Dalam kita menanti keputusan yang akan diumumkan dalam beberapa jam lagi, Astro AWANI senaraikan perihal Michelle yang mungkin tidak diketahui oleh sebilangan besar daripada pencinta beliau.
View this post on Instagram
A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official)
* Miss Malaysia World 1983
Sebelum bergelar pelakon masyhur dunia, Michelle pernah ditabalkan sebagai Miss Malaysia World dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan pada tahun 1983.
Pada acara di London itu, beliau berada di kedudukan 18 daripada 72 peserta yang bersaing.
* Menari cinta pertama Michelle
Bukan lakonan, sebaliknya, menari merupakan cinta pertama Michelle dalam bidang seni dan beliau pernah menerima pendidikan ballet secara formal sejak usianya 4 tahun serta menyambung pengajian di Royal Academy of Dance di London ketika remaja.
Namun begitu, Michelle tidak berpeluang melanjutkan kerjaya dalam bidang seni ekoran berhadapan dengan kecederaan yang memaksanya melupakan cinta pertama itu.
* Berkahwin dengan usahawan Hong Kong
Pernikahan pertama Michelle dengan usahawan dari Hong Kong, Dickson Poon pada 1998 bukanlah rahsia. Michelle mengahwini lelaki itu ketika usianya 28 tahun selepas bertemu Poon di lokasi penggambaran filem pertama lakonannya, Yes Madam.
Poon merupakan penerbit filem berkenaan dan perkahwinan mereka berakhir tiga tahun kemudian.
* Gadis Bond pertama dari Malaysia
Mendapat tawaran berlakon karakter gadis Bond dalam salah sebuah siri filem 007 berjudul Tomorrow Never Dies pada 1997 barangkali menjadi momen paling manis dalam kerjaya lakonan Michelle. Susulan daripada filem itu, nama Michelle terus mekar dan masyhur di gelanggang filem antarabangsa.
* Bertunang dengan Jean Todt
Michelle mengumumkan pertunangannya dengan jutawan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferrari pada 2005.
* Bergelar Tan Sri pada 2013
Kejayaan Michelle di persada seni antarabangsa membuatkan beliau mendapat penghargaan daripada kerajaan Malaysia.
Pada 2013, beliau menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong ketika, Tuanku Abdul Halim Muádzam Shah.
Topic Berkaitan
#Michelle Yeoh
#Oscars
#Pelakon Wanita Terbaik
#Everything Everywhere All At Once
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan