awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakar bedah siasat dedah punca kematian Bobbi Kristina Brown

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
05/03/2016
14:38 MYT
Pakar bedah siasat dedah punca kematian Bobbi Kristina Brown
Pengambilan dadah yang berlebihan adalah punca kematian penyanyi antarabangsa, Bobbi Kristina, dedah seorang pakar perubatan Georgia.
Pengambilan dadah secara berlebihan adalah punca kematian penyanyi, Bobbi Kristina, menurut seorang pakar perubatan Georgia selepas diberi arahan mahkamah untuk melakukan bedah siasat.
Pejabat Fulton County Medical Examiner berkata mereka tidak boleh mengatakan sama ada kematian anak perempuan ikon pop Whitney Houston adalah satu kemalangan ataupun tindakan senjaga.
Menurut mereka, pakar perubatan mengesan beberapa jenis dadah dalam sistem badan Kristina termasuk ganja, alkohol, kokain, morfin dan ubat-ubatan untuk merawat keresahan.
Laporan bedah siasat ini dikeluarkan pada Jumaat lalu yang jatuh pada hari ulang tahunnya yang ke-23.
Bapa Kristina, penyanyi Bobby Brown melahirkan rasa ketidakpuasan hati dengan laporan bedah siasat anaknya yang dikeluarkan pada Jumaat lalu.
"Pertama sekali, 23 tahun yang lalu, Bobbi Kristina dilahirkan.
“Krissy akan sentiasa hidup dalam hati dan jiwa saya," kata Bobby Brown dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya.
"Saya sangat sayang anak saya," tambahnya.
Memetik laporan portal CNN, laporan bedah siasat itu mungkin akan memberi kesan kepada pertempuran undang-undang di antara teman lelaki Kristina, Nick Gordon, 20 dan keluarga Brown.
Nick Gordon didakwa memukul Kristina sepanjang malam serta memberi “minuman toksik” yang menyebabkan dia koma dan tidak sedar diri.
Bobbi yang dijumpai dalam keadaan tidak sedar diri dalam tab mandi pada Januari 31 tahun lalu, berada dalam keadaan koma hampir tujuh bulan sebelum menghembus nafas terakhir pada 21 Julai tahun lepas.
Kristina ditemui rakannya dalam rumah di Roswell, kira-kira 35 kilometer di utara Amerika.
Kematian Bobbi Kristina dikatakan satu tragedi, tambah-tambah lagi apabila kematiannya menyamai kematian tragis ibunya.
Whitney meninggal dunia pada 11 Februari, 2012 selepas dijumpai dalam keadaan tidak sedar dalam tab mandi di bilik hotelnya di Beverly Hilton Hotel di Los Angeles sejurus sebelum acara muzik tahunan, Anugerah Grammy berlangsung.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#Bobbi Kristina Brown
#meninggal dunia
#Whitney Houston
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan