awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parah wakil Malaysia ke World Theatre Festival

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
24/01/2013
12:52 MYT
Parah wakil Malaysia ke World Theatre Festival
Parah, teater arahan pengarah prolifik Jo Kukathas bakal dipentaskan di World Theatre Festival 2013 di Brisbane pada 13 hingga 17 Februari depan. Naskhah tersebut ditulis oleh penulis kelahiran Singapura, Alfian Sa’at.
Parah dibintangi pelakon teater muda negara, Iedil Putra, Farah Rani, Gregory Sze dan Branavan Aruljothi. Teater yang dipentaskan di KLPAC Kuala Lumpur pada 1-5 Februari tahun lalu itu penuh dengan penonton pada setiap pementasan sehingga ia terpaksa dilanjutkan sehari.
Teater itu meneroka persoalan yang datang tepat pada waktunya, tentang bagaimana identiti dan jatidiri sering menjadi tajuk utama perbincangan dalam sebuah negara majmuk yang meraikan kepelbagaian agama.
Dalam nada lucu yang diselit nada provokatif dan menyentuh perasaan, Parah membongkar soalan yang cukup mendesak masa kini tentang kasih sayang dan semangat kekitaan.
Parah berkisar mengenai Melur, Hafiz, Mahesh dan Kahoe, empat pelajar Tingkatan 5 yang menuntut di Kuala Lumpur. Sebagai sahabat baik, mereka sentiasa meluangkan masa mengulangkaji pelajaran bersama.
Satu hari Melur mendapati salah satu muka surat daripada novel sastera milik ibunya, seorang guru sekolah telah koyak. Berfikir bahawa ia adalah satu gurauan bodoh oleh salah seorang daripada mereka, dia mempersoalkan tindakan tersebut.
Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang mengaku mempunyai apa-apa kaitan dengannya. Walaupun Melur yakin, salah seorang daripada mereka adalah pasti pelakunya.
Sewaktu Melur menyiasat, mereka semakin ingin tahu apakah kandungan yang telah dikoyakkan dari novel yang bertajuk Interlok itu. Pelbagai persoalan dilontarkan termasuk persoalan sejarah dan identiti masing-masing. Soalan yang Mahesh, Hafiz, Melur atau Kahoe sendiri tidak tahu jawapannya.
Adakah perkataan yang benar-benar mempunyai kuasa untuk mencorak realiti dan menukar halatuju persahabatan mereka?
Pementasan tersebut bakal berlangsung pada 13 hingga 17 Februari ini di Visy Theatre, Brisbane Powerhouse, Australia.
Topic Berkaitan
#alfian saat
#Jo Kukathas
#parah
#teater
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan