Bintang realiti TV Kim Kardashian dan suaminya penyanyi rap Kanye West mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua iaitu anak lelaki yang ditimang pasangan itu pada Sabtu.

Keluarga West menimang anak lelaki mereka pada waktu pagi dan kedua-dua ibu dan anak dilaporkan sihat.

Kim telah mengumumkan berita bahawa dia mengandung pada lewat Mei dalam satu sesi pra-tonton musim baru rancangan realiti “Keeping up With The Kardashians”.

Kardashian dan West sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama North yang dilahirkan pada 15 Jun 2013.

Perkahwinan pasangan itu berlangsung pada Mei 2014 dan mereka mendepani masalah untuk menimang cahaya mata -- gara-gara masalah kesuburan yang keluarga Kardashian berbincang secara terbuka dalam rancangan realitinya.

Pada April, Kardashian, 35 dan West, 38 telah disenaraikan sebagai antara 100 individu paling berpengaruh oleh majalah Time.