ALOR SETAR: PEJUANG teater Mek Mulung, Saipol Bahari Mohd Iman meninggal dunia pada usia 47 tahun pada Sabtu kira-kira jam 8 malam di sebuah pusat perubatan swasta dipercayai akibat serangan jantung.
Abang sulung Allahyarham, Mohd Ridzwan Mohd Iman berkata, kematian adik bongsu mereka itu sangat mengejutkan kerana Allahyarham tidak menunjukkan keadaan kurang sihat ketika kali terakhir bertemu.
"Semalam kami semua berkumpul di kenduri rumah bapa saudara, Saipol pun ada sama, kami duduk bersembang dua tiga jam juga, dia nampak sihat saja.
"Kemudian pada petangnya saya dimaklumkan yang Allahyarham terjatuh, sesak nafas dan sakit dada. Jadi saya minta bawa dia untuk dapatkan rawatan di hospital," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Menurutnya, dia yang dalam perjalanan balik kampung dari Kuala Lumpur ke Alor Setar bersama keluarga kemudiannya menerima panggilan dari salah seorang anak saudara memaklumkan Saipol Bahari sudah meninggal dunia.
"Kami sepatutnya bercuti bersama-sama ke Satun, Thailand hari ini dan arwah cukup bersemangat membuat persiapan dengan membeli barangan, menukar duit dan sebagainya.
"Tak sangka pula kepulangan kami ke kampung beramai-ramai hari ini bagi menguruskan jenazahnya," katanya.
Jelasnya, jenazah dibawa ke Masjid Derga untuk disolatkan dan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda.
Saipol Bahari yang merupakan Pengerusi Persatuan Penggerak Warisan Budaya Kedah (Akrab) meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.
Allahyarham merupakan sebahagian daripada delegasi Mek Mulung yang berangkat ke Bostwana baru-baru ini bagi menerima pengiktirafan sebagai Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera dari Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (Unesco) pada 5 Disember lalu.
Saipol Bahari yang aktif bertindak sebagai pengarah serta penulis skrip teater Mek Mulung, turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penggiat Seni Teater pada Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Kedah 2023 yang berlangsung bulan lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 24 2023
Allahyarham merupakan sebahagian daripada delegasi Mek Mulung yang berangkat ke Bostwana baru-baru ini bagi menerima pengiktirafan Unesco. - Foto Sinar Harian
Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal
Mayat mangsa berusia 15 tahun ditemukan di bahagian tingkat bawah rumah yang terbakar.
Media cetus minda masyarakat kreatif dan kritis - Aminuddin
Media berperanan menjadi wadah pencetus pembentukan minda masyarakat ke arah lebih kreatif dan kritis.
Belakan elektrik terputus di Mexico akibat gelombang haba
Cuaca panas yang teruk menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus yang berlangsung selama beberapa jam di sejumlah kawasan Mexico.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi.
Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup.
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi.
Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup.
PM Anwar bertemu ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Perdana Menteri sampaikan ucapan takziah kepada Ismail yang kehilangan ahli keluarga dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
AWANI Ringkas: Lawatan Qatar buahkan hasil | Persefahaman rakan gabungan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
Gunakan konsep Hilf al-Fudul untuk selesaikan isu kemanusiaan global - Mohd Na’im
Konsep pakatan Hilf al-Fudul mewujudkan keperluan untuk memastikan keadilan untuk semua melalui tindakan kolektif.
AI seperti ‘tsunami’ beri kesan besar kepada pasaran buruh global - Ketua IMF
AI beri kesan kepada 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.
Elektrik terputus di seluruh Mexico akibat gelombang haba
Gelombang haba yang dahsyat melanda tenggara Mexico pada hujung minggu, menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus di seluruh negara hingga hampir lumpuh.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
Campeche, tenggara Mexico pada 9 Mei mencatatkan rekod tertinggi iaitu 45.1 darjah Celsius atau 113.18 darjah Fahrenheit.
Pejuang teater Mek Mulung, Saipol Bahari meninggal dunia
Pejuang teater Mek Mulung, Saipol Bahari Mohd Iman meninggal dunia pada usia 47 tahun pada Sabtu.