awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
28/10/2023
05:00 MYT
Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia
Difahamkan pelakon berusia 55 tahun bersama beberapa selebriti lain berada di Pulau Mutiara itu kerana menyertai sebuah karnival di Seberang Perai.
PERMATANG PAUH: Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam hari ini.
Pemergian pelakon yang juga usahawan itu disedari isterinya, Norhayati Zulkapli sewaktu mengejutkannya dari tidur kira -kira jam 10.50 pagi tadi.
Berita duka itu turut dikongsikan pelakon Aida Aris ketika dihubungi sebentar tadi.
"Saya sangat terkejut, kerana arwah kelihatan baik saja semalam dan dia pun tidak mengalami sebarang penyakit serius," katanya.
Selain itu, pelakon Anne Abdullah juga memaklumkan berita duka itu menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.
BACA: 'Badrul sahabat baik, sering cakap soal mati sejak sebulan lepas' - Zazly
Badrul bersama beberapa selebriti lain berada di pulau mutiara itu kerana menyertai karnival Usahawan UDA di Seberang Perai.
Badrul juga baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lepas dan belum sempat mengadakan majlis resepsi yang dirancang hujung tahun ini.
[TERKINI] Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia
Badrul dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan kali kedua dengan bekas isterinya, Julia Daud.
View this post on Instagram
A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)
'Satu kehilangan besar buat industri lakonan' - Azhar
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada Norhayati berhubung kematian Badrul dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Jenazah Badrul akan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.
Dalam pada itu bekas Presiden Persatuan Artis Veteran, Datuk Tumiran Mohd Kasdi memaklumkan kepada Astro AWANI bedah siasat telah pun selamat dijalankan lewat petang tadi dan jenazah Allahyarham akan dibawa ke ibu negara selepas solat Maghrib hari ini.
Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Hidayah Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Batu Muda pagi esok (Ahad).
Topic Berkaitan
#Badrul Muhayat
#meninggal dunia
#pelakon
#Anne Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan