awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon 'Home Alone' terima bintang Walk of Fame

Agensi
Agensi
02/12/2023
09:19 MYT
Pelakon 'Home Alone' terima bintang Walk of Fame
Culkin bersama tunangnya, Brenda Song dan anak mereka, Dakota. - REUTERS/Mario Anzuoni
BINTANG Home Alone, Macaulay Culkin, menerima bintang di Hollywood Walk of Fame sebagai mengiktiraf impak lakonannya sepanjang lebih 30 tahun kerjaya.
Culkin yang ditemani tunangnya, pelakon Brenda Song serta dua anak lelaki mereka, berkata penghormatan itu lebih bermakna dengan kehadiran keluarga.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Brenda, awak adalah segala-galanya. Saya percaya awak lebih gembira daripada saya hari ini.
"Awak bukan sahaja insan terbaik yang pernah saya kenal, tetapi awak juga beri saya tujuan hidup, keluarga dan kasih sayang," katanya dalam ucapan ringkas.
Dua anak pasangan itu, Dakota dan Carson, turut hadir pada majlis tersebut.
Culkin merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak paling berjaya sepanjang zaman, namun bintang berusia 43 tahun itu pernah melalui fasa kejatuhan dalam dunia hiburan.
Culkin pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah, namun mula meninggalkan tabiat buruknya selepas mengenali Song.
Pada majlis itu, dia juga bertemu semula dengan pelakon Catherine O'Hara, yang memainkan watak ibunya dalam Home Alone.
"Dia bukan sahaja comel, tetapi dia juga seorang pelakon yang berbakat.
"Dialah sebab kita semua menjadikan menonton Home Alone sebagai tradisi percutian keluarga.
"Home Alone sentiasa akan menjadi filem yang digemari keluarga di seluruh dunia kerana Macaulay Culkin," kata O'Hara.
Culkin memulakan kerjaya sebagai pelakon teater pada usia empat tahun, sebelum menjadi terkenal menerusi watak Kevin McCallister dalam Home Alone, yang turut membolehkannya menerima pencalonan Golden Globe.
Selain Home Alone dan Home Alone 2: Lost in New York, Culkin juga membintangi filem My Girl, Uncle Buck, The Nutcracker, Getting Even With Dad dan The Pagemaster dan Richie Rich.
Topic Berkaitan
#Macaulay Culkin
#pelakon
#Hollywood
#Walk of Fame
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan