PELAKON Jerman, Christian Oliver dilaporkan terbunuh setelah pesawat ringan yang dinaikinya terhempas di perairan kepulauan Caribbean, pada Khamis.
Selain Christian Oliver atau nama sebenarnya Christian Klepser, 51, turut terkorban dalam nahas itu ialah dua anak perempuannya, Madita, 10, dan Annik, 12.
Pesawat ringan yang membawa bintang filem Speed Racer dan Valkyrie itu berlepas dari Lapangan Terbang F Mitchell di Becquia, sebuah pulau kecil dan sebahagian daripada negara Caribbean St. Vincent dan Grenadines (SVG) pada petang Khamis.
Oliver bersama dua anaknya itu dikatakan menuju ke pulau berhampiran iaitu St Lucia apabila ia terhempas.
"Tidak lama selepas berlepas, pesawat itu mengalami kesukaran dan terhempas ke laut," kata pegawai penyiasat.
Pemilik dan juruterbang pesawat itu yang dikenali sebagai lelaki Amerika Syarikat, Robert Sachs, turut terbunuh.
Menurut laporan dan rakaman video orang awam yang berada di pesisir pantai, pesawat yang dinaiki aktor tersebut berada dalam keadaan menjunam sebelum terhempas ke laut.
Penyelam dan nelayan tempatan dari Ladang Paget di pulau kecil Bequia juga dilaporkan bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan, menurut kenyataan Polis Diraja SVG.
Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat yang dijangka diadakan dalam beberapa hari akan datang.
Sementara itu, jurucakap pelakon itu dalam satu kenyataan berkata: "Ingatan dan doa kami adalah bersama-sama Oliver, dua anak perempuannya dan keluarganya".
Sehingga kini, pihak berkuasa sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.
Mendiang Oliver sudah 30 tahun terlibat dalam dunia lakonan dan banyak membintangi filem popular termasuk naskhah Speed Racer dan Valkyrie.
Selain itu, beliau juga muncul dalam filem Steven Soderbergh The Good German dan dalam dua musim siri Jerman popular Alarm for Cobra 11 sebagai detektif.
Dia juga merupakan pelakon siri Sense8 di saluran Netflix Sense8 selain menyumbang suara untuk beberapa permainan video.
Baru-baru ini, mendiang Oliver turut terlibat dalam filem terbaharu francais Indiana Jones. - Agensi
Agensi
Fri Jan 05 2024
Aktor Christian Oliver dilaporkan terbunuh setelah pesawat ringan yang dinaikinya terhempas di perairan kepulauan Caribbean, pada Khamis.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
Pelakon Speed Racer, Christian Oliver, dua anak perempuan maut dalam nahas kapal terbang
Pesawat ringan yang membawa Oliver dilaporkan terhempas tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang F Mitchell di Becquia.