awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia

Agensi
Agensi
04/06/2023
23:15 MYT
Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
PELAKON veteran dan ternama Bollywood, Sulochana Latkar, meninggal dunia pada Ahad.
PELAKON veteran dan ternama Bollywood, Sulochana Latkar, meninggal dunia pada Ahad.
Mendiang berusia 94 tahun.
Pemergian Latkar di sebuah hospital di Mumbai, India disahkan oleh anak tunggalnya, Kanchan Ghanekar kepada portal berita Indian Express.
"Beliau menghadapi masalah kesihatan berkaitan usia dan kesukaran bernafas dan meninggal dunia pada pukul 6 petang (Ahad).
"Upacara penghormatan terakhir buat beliau akan diadakan di kediamannya dan pengebumian akan diadakan pada hari Isnin pukul 5.30 petang,” kata Ghanekar.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia perfileman Bollywood, mendiang Latkar telah membintangi lebih daripada 250 buah filem.
Latkar juga sangat sinonim dengan karakter sebagai seorang ibu kepada beberapa bintang Bollywood tersohor seperti Amitabh Bachchan, Rajesh Khanna, Dilip Kumar, Dev Anand, dan ramai lagi.
Kedukaaan berikutan kehilangan veteran filem Bollywood itu turut dirasai Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Menurut pemimpin itu, pemergian Latkar meninggalkan kekosongan yang besar dalam dunia perfileman negara itu.
“Lakonan luar biasanya telah memperkayakan budaya kita dan telah memikat hati pelbagai generasi. Legasi seni beliau akan terus hidup melalui karya-karyanya,” kata Modi dalam hantaran di Twitter.
Sementara itu, pelakon Bollywood, Madhuri Dixit pula berkata, mendiang Latkar merupakan antara pelakon yang paling disayangi dan sangat hebat di layar perak.
“Filem lakonan beliau yang menjadi kegemaran saya ialah Sangate Aika. Persembahannya dalam setiap filem sentiasa mengesankan.
“Saya akan merindui perbualan kami, semoga kamu berehat dalam damai. Sumbangan besar kamu kepada sinema India akan sentiasa dikenang," tulis Dixit di Twitter.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Sulochana Latkar meninggal dunia
#Pelakon Bollywood
#Perdana Menteri Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan