awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik suara asal Darth Vader umum bersara selepas lebih 40 tahun bersama Star Wars

Faida Rahim
Faida Rahim
25/09/2022
05:04 MYT
Pemilik suara asal Darth Vader umum bersara selepas lebih 40 tahun bersama Star Wars
James Earl Jones (kiri) umum bersara selepas lebih 40 tahun menyumbang suaranya untuk watak Darth Vader (kanan) dalam francais filem Star Wars. -AP
LOS ANGELES: Pelakon veteran James Earl Jones yang meminjamkan suaranya untuk watak Darth Vader umum bersara selepas lebih 40 tahun bersama dalam francais filem Star Wars.
Dengan pengumuman itu, hak milik suara Darth Vader kini dipegang oleh syarikat Respeecher dan Lucasfilm setelah mendapat persetujuan Jones, lapor MovieWeb.
Dengan ketiadaan Jones, Respeecher dilapor akan menggunakan rakaman arkib dan algoritma kepintaran buatan untuk menghasilkan dialog baharu menggunakan suara asal beliau.
Selain menghasilkan suara Darth Vader dalam Obi-Wan Kenobi, Respeecher turut menghasilkan suara watak Luke Skywalker untuk The Book of Boba Fett.
Terdapat laporan yang meskipun Jones tidak lagi meminjamkan suara untuk Darth Vader, ‘suara emas’ beliau masih boleh didengari dengan menonton filem Star Wars yang disiarkan di saluran Disney+.
Topic Berkaitan
#Star Wars
#Disney
#James Earl Jones
#Respeecher
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan