awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat Blackpink dinasihat elak beli daripada ulat tiket

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2018
12:48 MYT
Peminat Blackpink dinasihat elak beli daripada ulat tiket
Peminat setia penyanyi berkumpulan wanita terkenal Blackpink dari Korea dinasihatkan agar tidak membeli tiket daripada ulat tiket menjelang konsert mereka tahun depan. -Gambar fail
PEMINAT setia penyanyi berkumpulan wanita terkenal Blackpink dari Korea dinasihatkan agar tidak membeli tiket daripada ‘ulat tiket’ menjelang konsert mereka tahun depan.
Platform e-dagang Shopee Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata susulan sambutan hangat terhadap konsert kumpulan K-Pop itu, harga tiket di pasaran haram kini ada yang dijual sehingga 16 kali ganda daripada harga asal.
Tambah kenyataan itu, tindakan mereka berbuat demikian bukan sahaja tidak adil, malah bertentangan dengan keyakinan peminat tegar Blackpink untuk menyokong artis kegemaran mereka.
Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga diskaun di kedai rasmi YG Entertainment di Shopee di mana pembelian hanya terhad kepada dua tiket bagi setiap transaksi.
“Tawaran menarik ini akan memberi peminat Blackpink dengan tawaran yang adil dan peluang untuk menikmati konsert ini,” tulis kenyataan itu lagi sepertimana dipetik daripada Sinar Harian.
Konsert yang dijadualkan pada 23 Februari tahun depan di Stadium Malawati, Shah Alam kini ditambah sehari lagi pada keesokan harinya.
“Memandangkan sambutan yang menggalakkan, Blackpink bersetuju untuk mengadakan konsertnya di Malaysia sebanyak dua kali."
“Diskaun 10 peratus ke atas tiket Blackpink akan diberikan kepada peminat tegar kumpulan tersebut,” katanya.
Konsert ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia BlackPink 2019 World Tour.
Jualan tiket akan bermula pada 28 hingga 30 Disember pada 12 tengah hari di pusat beli belah terpilih, antaranya di Atria Shopping Gallery dan semua Mcalls Digital Lifestyle Stores di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB.
Tiket dalam talian akan mula dijual pada 12 tengah hari pada 31 Disember.
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#K-pop
#konsert
#Shopee
#Stadium Malawati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan