awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat puas hati saksi konsert Anuar Zain

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
17/02/2013
01:46 MYT
Peminat puas hati saksi konsert Anuar Zain
Penyanyi popular Anuar Zain memukau enam ribu peminatnya pada Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari yang berlangsung di Stadium Malawati malam Sabtu.
Membuka tirai persembahan dengan lagu I’m The Lucky One, Anuar diiringi 26 pemuzik handalan tanahair yang diketuai oleh Mac Chew dan empat penyanyi latar.
Kemunculan mengejut pelakon Nora Danish dalam lagu Ajari Aku menggamatkan setiap ruang stadium. Tidak ketinggalan, penampilan tiga penyanyi wanita yang bakat mereka sering dipandang sebelah mata, Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira sebagai penyanyi undangan untuk lagu Cinta Harus Memiliki.
Tunjang utama konsert tersebut boleh dikatakan terletak pada sistem audio, visual dan tatacahaya yang bertaraf dunia. Setiap aspek untuk sebuah konsert boleh didapati dalam konsert itu. Perkara tersebut diakui sendiri oleh penyampai radio Sharifah Aleya menerusi Twitternya, begitu juga akaun Twitter @RM0_10 yang meletakkan 800 markah untuk pencahayaan.
Am so in love with everything at #AZ3Dekad
— sharifahaLEYA (@sharifahaLEYA) February 16, 2013
Lighting konsert @anuarzainnet neh saya beri 800 markah kalau markah penuh 100!! #AZ3dekad
— Sekupang uǝsodǝS (@RM0_10) February 16, 2013
Thank youuu for the awesome performance!! #az3dekad instagr.am/p/VzJWRkt4XS/
— Sekupang uǝsodǝS (@RM0_10) February 16, 2013
Walaupun telah pulang, Wan Noraida contohnya masih teringat-ingatkan kenangan manis berada di konsert tersebut.
Moning2..masih teringatkn #KonsertAnuarZain3Dekad yang superb! Mood: happy & bahagia! #AZ3Dekad #AnuarZainForever
— Wan Noraida (@EddaMohd) February 17, 2013
Antara lagu yang disampaikan termasuk Keabadian Cinta, Bila Resah, Mungkin, Perpisahan, Ketulusan Hati, Teman Terulung, Sesucinya Cintamu, Semua Untukmu, Kain Pelikat, Lelaki Ini dan diakhiri dengan lagu Sedetik Lebih.
Setiap lagu yang disampaikan Anuar dipersembahkan sepenuh hatinya demi menghargai peminatnya yang hadir ke konsert tersebut.
#AZ3Dekad went all out. As a fan, rasa dihargai. Anuar zain really knows how to please his fans!
— Fitrah Jamal (@cikwhocares) February 16, 2013
Antara saat penting konsert itu adalah penampilan tiga penyanyi wanita iaitu Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira sewaktu menyampaikan lagu Cinta Harus Memiliki. Penampilan bertenaga tiga penyanyi wanita tersebut turut menerima tepukan hormat daripada penonton.
Konsert #AnuarZain3Dekad jadi lebih hebat bila sang penyanyi utama undang 3 penyanyi berbakat besar yang sering dipandang sebelah mata.
— Muzaffar Mustapa SM (@sultanmuzaffar) February 16, 2013
Performance @adibahnoor , Dina - Cinta harus memiliki paling terkesan sampai sekarang #AnuarZain3Dekad
— Ryan de Altamirano (@ryanmohamad) February 16, 2013
Lovin cinta tak harus memiliki feat. @adibahnoor @dinanadzir n elvira! Eargasmic! #AnuarZain3Dekad
— The Artful Dodger (@FalliqFendyYET) February 16, 2013
Turut hadir menyaksikan persembahan Anuar ialah ibu bapa, kakaknya penyanyi Ziana Zain, penyanyi Dafi, Hafiz dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#Anuar Zain
#konsert
#muzik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan