NAMPAKNYA penampilan penyanyi Dayang Nurfaizah pada majlis pernikahan Shuib dan Watie pada Jumaat lalu meraih perhatian umum.

Hadir menghiburkan tetamu dengan persembahan yang indah, Dayang yang mengenakan busana berona merah kelihatan langsing dan cantik.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di Instagram Gempak, ramai dalam kalangan netizen memuji penampilan terkini penyanyi yang berasal dari Sarawak itu.

Pada ruangan komen di video yang sama juga, Dayang turut meninggalkan emoji hati tanda menyukai perkongsian yang dibuat oleh Gempak.

Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.

Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Saksikan Walimatul Urus Shuib dan Watie setiap Sabtu jam 9 malam mulai 24 Jun 2023. -Gempak