Pulau Pinang sekali lagi dipilih sebagai lokasi penggambaran bagi drama bersiri. Kali ini, seorang penerbit televisyen Britain berada di sini untuk menerbit siri drama televisyen berjudul 'Indian Summers'.
Syarikat penerbitan, New Pictures Ltd., dari London dengan kerjasama syarikat tempatan, Biscuit Films Sdn Bhd, akan menjalankan penggambaran 10 episod pertama drama tersebut di sini.
Ketua Eksekutif New Pictures, Charlies Pattinson, yang juga penerbit eksekutif 'Indian Summers', berkata beliau mencari lokasi terbaik untuk penggambaran siri drama itu.
"Sejak beberapa minggu lepas, saya meninjau India, Sri Lanka, Johor Baharu, Kuala Lumpur Bukit Fraser dan Cameron Highlands tetapi semua itu tidak berkenan di hati sehingga saya singgah di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita sebelum majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri bagi penggambaran drama bersiri itu, di sini hari ini.
Tahun lepas, kru penerbitan dan barisan pelakon siri komedi dari Hong Kong, 'Outbound Love', berada selama sebulan untuk sesi penggambaran di Pulau Pinang sebelum ke Kuala Lumpur.
Pattinson berkata antara lokasi penggambaran di pulau tersebut ialah Hotel Crag dan Woodside Bungalow di Bukit Bendera, Muzium Negeri, Suffolk House dan Balik Pulau.
"Rakan kami di Malaysia iaitu Biscuit Films dan kami akan memulakan penggambaran bersama pelakon dan kru Britain dan Malaysia pada Isnin ini," katanya sambil menambah penggambaran 10 episod drama itu akan berjalan sehingga akhir Oktober ini.
'Indian Summers' dengan berlatar belakang bandar Simla di kaki bukit Banjaran Himalaya India, mengisahkan hari-hari terakhir British Raj, penjajah British yang berada di India antara tahun 1932 hingga 1947.
Terdahulu, syarikat penerbitan British itu memeterai perjanjian dengan kerajaan negeri untuk menyewa Hotel Crag dari sekarang hingga Disember 2015 pada kadar RM650,000.
Selain itu, syarikat berkenaan juga akan menyewa Woodside Bungalow pada kadar RM120,000 setahun untuk tempoh lima tahun bermula bulan ini.
Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata syarikat penerbitan itu akan memulihkan bangunan yang usang itu untuk penggambaran drama bersiri itu.
"Para penerbit juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mewujudukan infrastruktur penggambaran lestari untuk kembali bagi siri penggambaran akan datang serta memastikan lokasi penggambaran sekarang akan dilindungi dan diselenggara dengan baik sepanjang tempoh penggambaran," katanya.
Bernama
Thu Apr 24 2014
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Penerbit TV Britain pilih Pulau Pinang sebagai lokasi penggambaran
Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi penggambaran drama bersiri yang berjudul 'Indian Summers' untuk terbitan televisyen Britain.