Skip to main content

Sukan

Glasgow 2026: Muhammad Ifran gagal lakukan lontaran sah pada final lempar cakera lelaki

BIRMINGHAM, 2 Ogos -- Atlet lempar cakera negara Muhammad Irfan Shamsuddin melakukan lontaran ketika beraksi pada pusingan kelayakan lempar cakera lelaki semasa Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander pada Selasa. Muhammad Irfan berjaya malakukan lontaran sejauh 57.93.  --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Muhammad Irfan Shamsuddin menamatkan saingan final lelaki tanpa mencatatkan sebarang keputusan sah pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Stadium Scotstoun. - Gambar Bernama
Advertisement

GLASGOW: Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin menamatkan saingan final lelaki tanpa mencatatkan sebarang keputusan sah pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Stadium Scotstoun, di sini, hari ini.

Muhammad Irfan direkodkan tanpa catatan selepas gagal melakukan lontaran yang sah bersama-sama wakil Cameroon, Lucien Wangba pada aksi final yang membabitkan 13 atlet.

Atlet Australia Matthew Denny memenangi pingat emas menerusi lemparan sejauh 67.73 meter (m) manakala atlet Jamaica Fedrick Dacres memenangi pingat perak (65.10m) dan atlet England Lawrence Okoye melengkapkan kedudukan podium dengan catatan 64.45m.

Keputusan itu menyaksikan Muhammad Irfan, yang memenangi pingat emas lempar cakera lelaki pada tujuh edisi Sukan SEA berturut-turut gagal meraih sebarang kedudukan dalam final.

Pada Jun lepas, atlet berusia 30 tahun itu memperbaharui rekod kebangsaannya sendiri dengan lemparan sejauh 62.87m pada kejohanan di Veszprem, Hungary.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement