KUCHING:Penganjuran festival muzik terbesar di Sarawak, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 masih belum diketahui statusnya.
Sama ada berlangsung atau sebaliknya, ia bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di Sarawak selain merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, sekiranya situasi masih tidak mengizinkan, terdapat perancangan untuk menganjurkannya secara maya.
“Buat masa ini belum ada sebarang perancangan untuk menangguhkan acara itu tetapi bergantung kepada keadaan COVID-19 di negeri ini.
“Kita juga ada perancangan untuk menganjurkannya secara maya. Bagaimanapun, ia satu pengalaman berbeza kerana suasana muzik itu tidak dapat dibawa bersama,” kata Karim.
Untuk rekod RWMF merupakan festival muzik tahunan yang diadakan sejak 1998 di Kampung Budaya Sarawak dan berjaya menarik hampir 24 ribu pengunjung ketika penganjurannya pada 2019.
Penganjurannya pada 2020 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Astro Awani
Thu Jan 28 2021

Tambahnya, pihaknya akan merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk meneruskan acara tahunan ini atau sebaliknya. FOTO: BERNAMA

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

COVID-19 | Peningkatan kes global membimbangkan - WHO
Jumlah kes COVID-19 global setiap minggu meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dua bulan lepas. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes baharu ketika ini semakin hampir mencecah kadar jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan dalam pandemik ini.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi. Saifullah Mohd Yunus mendedahkan kepada MStar, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
Kandungan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan | MBPP keluarkan 23 notis amaran
23 notis amaran dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penganjur =bazar Ramadan di negeri itu yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh tiga hari Ramadan.

Takziah | Jenazah Abu Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di Alor Setar, pada 5.40 petang Jumaat. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai dari kediamannya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk disembahyangkan.

COVID-19 | PKPD di 4 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, PKPD itu membabitkan dua kawasan di Sabah dan masing-masing satu kawasan di Kelantan dan Pahang.

Kematian | Kanak-kanak maut lemas jatuh bendang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau. Ketua Polis Daerah Arau SUPT Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang Jumaat.

Kematian | Kanak-kanak 9 tahun ditemui maut
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai mengantung diri menggunakan kain pelikat di rumahnya di Flat Temenggong, Kulai pada petang Khamis.

Penganjuran RWMF 2021 bergantung kepada situasi semasa COVID-19
Penganjuran festival muzik terbesar di Sarawak, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 masih belum diketahui statusnya.