awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam
Ejen pinjaman didakwa tipu dalam urusan pinjaman RM1 juta
Bersatu rugi dalam percaturan politik Perlis - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah papan iklan, tanah: Selepas tujuh jam, bekas menteri selesai beri keterangan di SPRM

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2025
12:28 MYT
Rasuah papan iklan, tanah: Selepas tujuh jam, bekas menteri selesai beri keterangan di SPRM
Bekas anggota Kabinet didakwa terlibat penyelewengan semasa tempoh perkhidmatan beliau di sebuah kementerian, termasuk pemindahan sebidang tanah kerajaan bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Seorang bekas menteri selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin selepas lebih tujuh jam disoal siasat berhubung siasatan kes rasuah yang dikaitkan dengan projek papan iklan serta urusan pemindahan tanah di ibu negara.
Individu berkenaan dipercayai meninggalkan pekarangan ibu pejabat SPRM pada jam 5.50 petang, selepas tiba sekitar jam 10.30 pagi.
SPRM mengesahkan kertas siasatan dibuka terhadap bekas menteri itu atas dakwaan menerima rasuah dianggarkan bernilai RM5 juta dan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.
Kes berkenaan dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan pelaksanaan projek papan iklan serta proses pemindahan tanah di Kuala Lumpur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan pada Isnin bahawa siasatan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Beliau, bagaimanapun menjelaskan bahawa setakat ini, tiada tindakan sitaan harta atau pembekuan akaun dilaksanakan terhadap individu terbabit.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan seramai 16 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan, melibatkan pegawai kerajaan serta pemilik syarikat yang berkaitan.
Sebelum ini, laporan media turut mendedahkan seorang bekas anggota Kabinet sebelum era pandemik COVID-19 berada dalam fokus siasatan SPRM.
Siasatan itu susulan dakwaan berlaku penyelewengan semasa tempoh perkhidmatan beliau di sebuah kementerian, termasuk pemindahan sebidang tanah kerajaan bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.
Topic Berkaitan
#bekas Menteri Kabinet
#SPRM
#Azam Baki
#rasuah RM5 juta dan papan iklan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan