Penggiat seni tempatan dan antarabangsa antara mereka yang giat memperjuangkan keadilan buat rakyat Palestin di Gaza di media sosial.

Dengan menggunakan hashtag #FreePalestine dan #PrayforGaza, kata-kata kutukan terhadap kekejaman tentera Israel dan doa untuk rakyat Palestin semakin banyak dimuatnaik.

Antara tweet yang mendapat perhatian adalah dari penyanyi antarabangsa Rihanna.

Rihanna memuatnaik tweet yang menyeru semua agar mendoakan keamanan dan pengakhiran konflik Israel-Gaza itu.

Tweet tersebut mendapat lebih 45,000 ulangan tweet oleh peminatnya.



Selain Rihanna, salah seorang ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik tanpa berselindung menyatakan sokongan terhadap Palestine dengan memuatnaik hashtag #FreePalestine.

Tweet Zayn itu mendapat reaksi positif dari semua peminatnya, namun peminatnya di Israel merasakan tweet tersebut sangat mendukacitakan.



Penyanyi dan pelakon kecil molek, Selena Gomez turut sama mengharapkan agar semua mendoakan kesejahteraan keluarga dan bayi di Gaza.

Perkara ini menyebabkan Selena dihujani pelbagai reaksi dari peminatnya di Instagram.

selena gomez
Instagram rasmi Selena Gomez

Ini beberapa tweet dari artis antarabangsa yang menyokong agar kekejaman di Gaza dihentikan atas dasar perikemanusiaan.






Setakat ini kira-kira 1,240 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-23 pertempuran di antara Israel dan Hamas.

Dari jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 245 adakah terdiri daripada kanak-kanak.

Bukan sahaja artis antarabangsa, konflik di Gaza ini turut membangkitkan sokongan penggiat-penggiat seni tempatan.

Antara yang aktif memuatnaik perkembangan terkini peperangan di Gaza serta doa ke atas rakyat Palestine adalah penyanyi, Mizz Nina, Faizal Tahir, Afdlin Shauki dan ramai lagi.











Namun begitu, ada beberapa selebriti antarabangsa menyatakan secara terang-terangan persetujuan dan sokongan mereka ke atas Israel.

Ada yang merasakan tindakan Israel sebagai satu tindakan menegakkan hak negara tersebut.