awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat cetus kerosakan teruk di Pulau Utara, New Zealand
Jawatankuasa Kongres AS undi tahan Clinton, isteri dalam siasatan Epstein
Tiga wartawan antara 11 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026 cermin komitmen Malaysia majukan ekonomi digital - Kaspersky

Bernama
Bernama
13/10/2025
12:00 MYT
Belanjawan 2026 cermin komitmen Malaysia majukan ekonomi digital - Kaspersky
KASPERSKY: Belanjawan 2026 mencerminkan keazaman Malaysia untuk memajukan ekonomi digital menerusi pelaburan strategik dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 mencerminkan keazaman Malaysia untuk memajukan ekonomi digital menerusi pelaburan strategik dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital, kata Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Kaspersky bagi Asia Pasifik, Heng Lee.
Beliau berkata antara pelaburan strategik yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas ialah Geran Pemecut Digital Malaysia, peluasan penggunaan MyDigital ID, dan projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI.
"Inisiatif ini akan memperkukuh asas digital negara dengan mewujudkan impak dari atas ke bawah dan menjadi pemangkin kepada kesediaan bakat untuk masa depan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Heng berkata ketika Malaysia terus mendalamkan keupayaan dan ketersambungan digital, keperluan untuk daya tahan siber merentasi setiap ekosistem menjadi semakin kritikal.
"Penyelidikan ancaman kami menunjukkan bahawa serangan siber tidak mengira sempadan. Pada 2024 sahaja, Malaysia berdepan dengan 27.9 juta ancaman web. Memperkukuh pertahanan siber di seluruh sektor amat penting, dengan tumpuan khusus pada perusahaan kecil dan sederhana yang berhubung setiap hari," katanya.
Dengan melindungi kerajaan, sektor kritikal dan perniagaan, beliau berkata Malaysia dapat membina imuniti siber yang diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan digital buat semua.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Kaspersky
#ekonomi digital
#Kecerdasan buatan AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan