awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggiat seni K-pop berkabung susulan kematian mengejut Sulli

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/10/2019
00:41 MYT
Penggiat seni K-pop berkabung susulan kematian mengejut Sulli
Sulli atau nama sebenarnnya Choi Jin-Ri ditemui maut di rumahnya berhampiran Seoul pada Isnin. - Foto Instagram
Konsert, aktiviti promosi dan sidang akhbar di seluruh Korea Selatan dibatalkan pada Selasa susulan kematian penyanyi dan pelakon terkenal Sulli.
Sulli atau nama sebenarnnya Choi Jin-Ri ditemui maut di rumahnya berhampiran Seoul pada Isnin.
Pengurusnya berkata, Sulli, 25 tahun, yang juga bekas anggota kumpulan f(x) mengalami masalah depressi.
Namun demikian, tiada nota bunuh diri ditemui namun polis pada Selasa mengesahkan menemui sebuah jurnal yang disimpan Sulli.
Kesemua artis di bawah naungan SM Entertainment yang mewakili Sulli telah membatal serta menangguhkan kesemua program yang dirancang.
Super M, yang diwakili beberapa kumpulan K-pop seperti Shinee, EXO dan NCT telah menghentikan rakaman pada Isnin.
Penyiar televisyen CJ E&M membatalkan sidang akhbar mengenai program variety Somebody 2 dan Chicken Road yang dijadualkan pada Selasa.
Sejak 24 jam kematian Sulli, isu yang dibawa media sekali lagi tertumpu kepada pembulian siber.
Sulli sebelum ini menerima kecaman daripada pengkritik atas talian mengenai hubungan peribadi, pakaiannya serta komen lantangnya mengenai feminisme.
Artis dan selebriti di Twitter dan Instagram menyatakan ucapan takziah dan menyalahkan pengkritik atas talian menjadi punca tragedi tersebut.
Topic Berkaitan
#Choi Jin-Ri
#depressi
#EXO
#jurnal
#K-pop
#Korea Selatan
#kumpulan f x
#pelakon
#pembulian siber
#penyanyi
#Seoul
#Shinee
#SM Entertainment
#Sulli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan