RUMAH tangga penyanyi yang terkenal dengan lagu Rapuh, Opick, terus menjadi perhatian ramai.

Biarpun isteri keduanya, Wulan Mayasari sudah meninggal dunia, namun isteri pertama, Dian Rostaningrum, tetap meneruskan hasrat untuk bercerai dan kes mereka kini sedang berjalan di Pengadilan Agama Jakarta Timur.

Tidak berakhir setakat itu, Opick kini, dikhabarkan sudah memiliki tiga orang isteri dan khabar itu mula bertebaran beberapa hari selepas berita pemergian Wulan.

BACA: Selepas isteri pertama fail cerai, isteri kedua Opick meninggal dunia

BACA: Kecewa dipoligami, isteri pertama Opick fail cerai

Berita perkahwinan kali ketiga itu diketahui umum selepas Opick diminta memberi keterangan berkaitan dakwaan itu semasa kes penceraiannya baru-baru ini.

Menurut beberapa sumber, wanita yang dikenali dengan nama Yulia Muhammad dikatakan seorang ahli politik yang usianya lebih muda daripada Opick.

Bagaimanapun beberapa teman Opick menidakkan khabar tersebut dan menjelaskan, Opick kini banyak menghabiskan masa dengan anak yatim dan mereka tidak pernah melihat kelibat perempuan lain bersama penyanyi itu