awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi Samsudin Lamin meninggal dunia

Bernama
Bernama
01/07/2015
09:44 MYT
Penyanyi Samsudin Lamin meninggal dunia
Allahyarham meninggalkan isteri Yunetta Yusof, 57, dan empat orang anak. - Gambar Fail
Penyanyi lagu-lagu Melayu Asli, Samsudin Lamin, 76, meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, di kediamannya di Kuang, Rawang, Selangor.
Allahyarham meninggalkan isteri Yunetta Yusof, 57, dan empat orang anak.
Yunetta ketika dihubungi Bernama berkata beliau berada di sisi suaminya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.44 pagi.
"Allahyarham telah lama mempunyai komplikasi tersebut malah sebelum bulan puasa, dia pernah koma dan dirawat di Hospital Sungai buloh selepas terjatuh di bilik air," katanya.
Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Kampung Setia, Kuang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang selepas solat Zohor.
Karier seni Samsudin bermula apabila beliau menyanyi untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1951 bersama Orkes Rangkaian Tunas Baru.
Allahyarham juga pernah menyertai pertandingan Bintang Asli pada tahun 1961 dan 1971.
Antara lagu yang pernah didendangkan Allahyarham ialah 'Titisan Embun Pagi', 'Pantun Seloka' dan 'Dondang Sayang Hari Raya' secara berduet bersama Jamilah Abu Bakar.
Topic Berkaitan
#Bintang asli
#meninggal dunia
#penyanyi
#Samsudin Lamin
#veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan