awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran pulihkan sebahagian akses internet
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti raih perak dalam Kejohanan Dunia Kungfu

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2025
08:00 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti raih perak dalam Kejohanan Dunia Kungfu
Krisdayanti menyifatkan penyertaannya sebagai satu penghormatan besar kerana dapat mewakili Indonesia dalam bidang seni mempertahankan diri yang diminatinya. - Gambar/ IG krisdayantilemos
PENYANYI tersohor Indonesia, Krisdayanti mencipta sejarah peribadi apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara Women’s Single Weapon Routines di Kejohanan Dunia Kungfu ke-10 yang berlangsung di Emeishan, China.

Ringkasan AI
  • Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti meraih pingat perak dalam acara Womens Single Weapon Routines di Kejohanan Dunia Kungfu ke-10 yang berlangsung di Emeishan, China dari 14 hingga 20 Oktober.
  • Krisdayanti yang juga Ahli DPR RI berkongsi kejayaan itu menerusi media sosial, menyifatkan penyertaannya sebagai satu penghormatan besar kerana dapat mewakili Indonesia dalam bidang seni mempertahankan diri yang diminatinya.
  • Kejohanan anjuran Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF) itu menghimpunkan peserta dari seluruh dunia, dan kemenangan Krisdayanti menjadi inspirasi kepada peminat serta mengharumkan nama Indonesia di pentas antarabangsa.

Kejohanan yang berlangsung dari 14 hingga 20 Oktober itu menghimpunkan peserta dari pelbagai negara, termasuk Indonesia, bagi memperlihatkan kehebatan dalam seni mempertahankan diri tradisional China.
Krisdayanti, 51, yang juga Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) RI, berkongsi kejayaannya menerusi hantaran di media sosial, memaparkan dirinya memegang pingat perak dan sijil penghargaan sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya.
View this post on Instagram
A post shared by Kris Dayanti (@krisdayantilemos)
Beliau menyifatkan penyertaannya sebagai satu penghormatan besar kerana dapat mewakili Indonesia di pentas antarabangsa dalam bidang yang amat diminatinya.
Kejayaan ini turut mendapat perhatian ramai peminat dan rakan artis yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan rasa bangga terhadap pencapaian beliau.
Krisdayanti sebelum ini dikenali sebagai antara penyanyi wanita paling berpengaruh di Indonesia dan kini membuktikan keupayaannya dalam bidang sukan, khususnya seni mempertahankan diri.
Kejohanan Dunia Kungfu anjuran Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF) merupakan platform berprestij yang menghimpunkan atlet kungfu dari seluruh dunia bagi mempamerkan kemahiran dalam pelbagai kategori termasuk senjata, tangan kosong dan rutin tradisional.
Kemenangan Krisdayanti dalam acara senjata tunggal wanita sekali gus mengharumkan nama Indonesia di persada antarabangsa dan menjadi inspirasi kepada ramai peminat seni mempertahankan diri.
Topic Berkaitan
#Krisdayanti
#pingat perak
#Kejohanan Dunia Kungfu
#penyanyi terkenal Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan