awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertama kali jejak kaki ke Malaysia, Shawn Mendes berjaya pukau peminat

Afiq Ariffin, Faris Danial Razi
Afiq Ariffin, Faris Danial Razi
06/10/2019
01:01 MYT
Pertama kali jejak kaki ke Malaysia, Shawn Mendes berjaya pukau peminat
Selepas enam tahun berkecimpung di dalam industri hiburan, akhirnya Shawn Mendes menjejakkan kaki ke Malaysia untuk kali pertama, menerusi Konsert Jelajah Asia yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil malam tadi. - Astro AWANI/AFIQ ARIFFIN
MEMUKAU!
Demikian gambaran yang boleh diberikan apabila dapat bertentang mata dengan penyanyi lagu Senorita, Shawn Mendes, dalam satu konsert malam tadi.
Selepas enam tahun berkecimpung di dalam industri hiburan, akhirnya penyanyi kelahiran Kanada itu menjejakkan kakinya ke Malaysia untuk kali pertama, menerusi Konsert Jelajah Asia Shawn Mendes.
Tiket yang mula dijual sejak April lalu habis dibeli dalam tempoh masa beberapa hari sahaja.
Sejak pukul 3 petang, ramai peminat telah hadir ke Arena Axiata, Bukit Jalil, bagi mendapatkan tempat duduk mereka.
Mendes menghiburkan peminatnya dengan menyanyikan 25 buah lagu hits beliau antaranya, ‘In My Blood’, 'Lost in Japan', 'Treat You Better', ‘If I Can’t Have You’, ‘Stitches’, dalam versi gitar dan juga piano.
Menariknya, sepanjang konsert tersebut, beliau begitu bertenaga memberikan persembahan yang memukau buat para peminat walaupun baru sahaja selesai mengadakan konsert jelajah di Singapura pada Jumaat.
Arena Axiata dipenuhi para peminat yang turut bernyanyi bersama-sama Mendes. - Astro AWANI/AFIQ ARIFFIN
Arena Axiata dipenuhi para peminat yang turut bernyanyi bersama-sama Mendes. - Astro AWANI/AFIQ ARIFFIN
Mendes kelihatan cukup bertenaga sepanjang konsert itu berlansung. (Foto Jinson Chee )
Mendes kelihatan cukup bertenaga sepanjang konsert itu berlansung. (Foto Jinson Chee )
Bukan itu sahaja, Mendes sendiri menyatakan bahawa dirinya turut teruja dengan reaksi peminat di Malaysia yang tidak henti-henti memberikan sorakan dan tepukan yang gemuruh.
“Ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di Malaysia.
“Perkara yang menyeronokkan pada malam ini adalah anda.
"Saya sangat berterima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu.
Selain menyanyikan lagu sendiri, Mendes juga turut menghadiahkan beberapa lagu ‘cover’ seperti “I Wanna Dance With Somebody (Who Love Me)” nyanyian Whitney Houston dan “Fix You” nyanyian Coldplay.
Mendes berterima kasih kepada semua peminat yang hadir pada malam konsert berkenaan. (Foto Jinson Chee )
Mendes berterima kasih kepada semua peminat yang hadir pada malam konsert berkenaan. (Foto Jinson Chee )
Ia sekali gus mengimbau kembali saat-saat beliau mula dikenali peminat di laman YouTube dengan membawa beberapa lagu 'cover' sebelum ditandatangani label muzik ternama.
Meskipun persembahan bertenaga itu mengambil masa hampir dua jam, secara keseluruhan ramai peminat merasakan konsert itu terlalu singkat buat mereka.
Seramai lebih 9,000 peminat menghadirkan diri ke konsert itu termasuk pelancong asing yang rata-ratanya merupakan golongan remaja.
BACA: Lagu 'Senorita' dinobat lagu pilihan musim panas 2019, tewaskan 'Old Town Road'
BACA: Shawn Mendes menang besar di Juno Awards 2019
Topic Berkaitan
#Arena Axiata
#Bukit Jalil
#hiburan
#jelajah
#konsert
#Konsert Jelajah Asia Shawn Mendes
#Malaysia
#peminat
#peminat Malaysia
#persembahan bertenaga
#Shawn Mendes
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan