KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kejayaannya muncul pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Dalam hantaran di laman Facebook, Anwar berharap pencapaian Michelle Yeoh itu memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan mencambah bakat kreatif lagi berkualiti.
"Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh atas pencapaian tingkat tinggi dalam industri seni perfileman tatkala meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi.
"Trofi masyhur Anugerah Golden Globe yang berjaya dirangkul Tan Sri Michelle ternyata membanggakan negara dan rakyat terutamanya peminat filem," katanya.
Perdana Menteri berkata beliau juga akan menonton filem yang dibintangi Michelle Yeoh bertajuk 'Everything Everywhere All at Once' itu dalam masa terdekat.
Aktres berusia 60 tahun itu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once, dua hari lepas (11 Jan).
Michelle Yeoh menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023

Anwar berharap pencapaian Michelle Yeoh itu memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan mencambah bakat kreatif lagi berkualiti.- Fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023
Skuad Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

Lawatan PM Anwar ke Kemboja eratkan hubungan, bincang kepentingan dua hala- Zambry
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi sulungnya ke Kemboja pada 27 Mac ini atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

Fahami matlamat lawatan PM ke Arab Saudi - Mohd Sany
Terdapat dua matlamat yang rakyat harapkan ketika pemimpin negara mengadakan lawatan ke luar negara iaitu pelaburan dan membina hubungan baik.

Lawatan ke Arab Saudi: Tiada pertemuan PM Anwar dengan pemimpin tertinggi bukan isu
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi disifatkan berjaya kerana ia mengeratkan hubungan diplomatik dan menambah baik hubungan perdagangan.

Lawatan PM ke Arab Saudi: Apa isunya yang dikecohkan? - Mohammad Agus
Berikut adalah kenyataan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff yang berkongsikan pandangan berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini.

Memanfaatkan Visi 2030 Arab Saudi, buka peluang baharu hubungan erat Malaysia-Saudi
Kebanyakan dasar yang diputuskan di dalam OIC dipengaruhi oleh Arab Saudi dan ibu pejabat OIC terletak di Riyadh.

PMO diminta beri penjelasan pencapaian lawatan Anwar di Arab Saudi
Apa yang menjadi kepentingan adalah penjelasan mengenai pencapaian yang terhasil daripada lawatan bersejarah tersebut.

Jadual PM padat, Kerajaan Arab Saudi minta lanjut lawatan namun terpaksa ditolak
Jadual Perdana Menteri sangat padat dan tersusun di mana Anwar mengadakan pertemuan dengan OIC dan badan Liga Muslim Dunia di Mekah.

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara.

Lawatan rasmi PM ke China dijangka teroka kerjasama pelbagai bidang baharu
Kerajaan kedua-dua negara yang mendapat mandat baharu itu mungkin menumpukan kepada bidang pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.