Festival Filem Berlin yang sedang hangat berlangsung dihadiri ikon industri perfileman antarabangsa.
Hugh Jackman dan Shia Lebouf antara aktor yang turun padang bagi mempromosikan karya masing-masing.
Calon Oscar, "Les Miserables" ditayangkan di Berlin pada malam sebelum Anugerah BAFTA berlangsung.
Muzikal arahan Tom Hooper itu menang 4 kategori termasuk Aktres Pembantu Terbaik, Anne Hathway.
Pelakon Hugh jackman berkata, “Cara saya melihat semua perkara ini, ia hanya hebat dan anda tahu saya tidak pernah dicalonkan sebelum ini untuk BAFTA. Saya teruja filem ini mendapat pengiktirafan terutamanya kerana kita filemkannya di England dan ia adalah sebuah filem."
Turut berlangsung ialah tayangan premier "The Becessary Death Of Charlie Countryman".
Naskah ini mengisahkan percintaan terhalang pengembara Amerika lakonan Labeouf dan pemuzik kelahiran Romania, lakonan Evan Rachel Wood.
Rupert Grint yang turut membintanginya akui sukar membuat keputusan memilih karya sesuai selepas berjaya dengan Francais "Harry Potter".
“Ya ia merupakan gabungan beberapa perkara, saya agak prihatin mengenai memilih perkara yang betul untuk bergerak, dengan Harry Potter menjadi sebahagian besar dalam hidup saya. Ini agak sempurna, ia mempunyai barisan pelakon yang hebat dan saya suka skripnya. Peluang untuk bermain satu bintang filem lucah tidak akan datang kerap! Saya fikir ia akan menyeronokkan, berbeza, dan ia akan menjadi seronok untuk dilakukan”, kata bintang Harry Potter Rupert Grint.
Festival Filem Berlin berjaya menjual lebih 300 ribu tiket dan dihadiri lebih 20 ribu pengkarya dari 130 negara seluruh dunia.