PELAKON filem Tombiruo, Zul Ariffin, 31, mengesahkan ikatan cinta antara dirinya dan aktres Zahirah Macwilson, 23, telah bernoktah lebih sebulan lalu.

"Sejak tahun lalu, ramai sudah tahu mengenai perhubungan kami yang bagai ada pasang surutnya.

"Kami sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.

"Sebab itu, saya hanya memberi 'samar bayangan' jika ada yang bertanya.

"Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali.

"Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri. Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi," kata Zul.

BACA JUGA: "Saya bukan bodoh sangat nak 'selfie' berdekatan jenazah ibunya" - Zahirah Macwilson bidas Zul Ariffin

Tambah Zul yang kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir pada 5 Disember lalu, dia tidak kecewa dengan perpisahan yang berlaku.

"Kecewa, tidak...! Kalau melihat orang 'berselfie' dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

"Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok 'berselfie' bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

"Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

"Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya," katanya.

Kata Zul, dia reda apabila masalah cinta yang berlarutan tak mampu untuk dipulihkan lagi.

"Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

"Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi," katanya.- Sumber: BH Online