awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Raja Gelek', M Daud Kilau pengsan selepas buat persembahan

Bernama
Bernama
03/05/2018
04:00 MYT
'Raja Gelek', M Daud Kilau pengsan selepas buat persembahan
Menurut Ahmad Zahid, M Daud Kilau (gambar) pengsan selepas lakukan persembahan di Bagan Datuk dan didapati ada beberapa penyakit. - Gambar fail
Penyanyi veteran Datuk Mohd Daud Kilau, 78 tahun yang lebih popular dengan gelaran 'Raja Gelek Malaysia' telah pengsan dan dimasukkan ke Hospital Teluk Intan selepas mengadakan persembahan di sini Isnin lalu.
Ahmad Zahid, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk buat penggal keenam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berkata, beliau telah menziarah penyanyi itu di wad hospital berkenan malam tadi.
"Tiga malam lalu beliau buat persembahan di sini (Waterfront Bagan Datuk) dan malam tadi saya sempat melawat beliau di hospital.
"Beliau pengsan selepas lakukan persembahan di sini dan didapati ada beberapa penyakit... kita doa dia sembuh," katanya.
Meluangkan masa menziarahi Datuk M.Daud Kilau di Hospital Teluk Intan. Sama-sama kita doakan kesihatan yg baik buat beliau.#DahulukanRakyat pic.twitter.com/URAqZjirWe
— Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) May 2, 2018
Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali serta penampilan khas jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei serta Datuk Shake atau nama sebenarnya Datuk Sheikh Abdullah Ahmad.
Selain itu, Ahmad Zahid turut berharap akan ada anak-anak Bagan Datuk yang mampu mengikut jejak Daud Kilau menjadi seorang daripada penyanyi tersohor negara dan membanggakan Bagan Datuk.
"M. Daud Kilau tersohor di peringkat nasional dan insya-Allah akan ada anak Bagan Datuk sehebat beliau dilahirkan bukan sahaja mengharumkan Bagan Datuk di peringkat nasional malah antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#Hospital Teluk Intan
#Mohd Daud Kilau
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#Raja Gelek Malaysia
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan