awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Repvblik pertaruh Sandiwara Cinta di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2013
09:57 MYT
Repvblik pertaruh Sandiwara Cinta di Malaysia
Kumpulan Repvblik yang popular dengan lagu "Sandiwara Cinta" sudah lama bertapak di Indonesia namun baru kini membina nama di Malaysia.
Gelaran siswazah dan komitmen seni di negara sendiri menjadi faktor sebelum berpeluang meluaskan kerjaya di sini.
"Sandiwara Cinta" yang popular sejak Ogos lalu mendapat kedudukan teratas carta lagu di stesen radio tempatan.
"Kami berbesar hati kerana lagu ini menepati citarasa pendengar Malaysia. Walaupun sudah memiliki empat album sebelum ini, Sandiwara Cinta menjadi taruhan kami untuk di bawa ke Malaysia," kata vokalis Ruri.
Setiap anggota kumpulan Repvblik merupakan graduan yang mengambil jurusan berbeza.
Namun demikian, minat yang sama terhadap muzik mencipta keserasian antara mereka sehingga terbentuknya kumpulan ini.
Mereka juga berkesempatan mengadakan persembahan percuma secara akustik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menurut Ruri, "Kami membantu mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada pelajar UiTM yang tidak berkemampuan. Kami tidak janggal untuk membuat persembahan di khalayak umum kerana ia untuk tujuan mulia bagi kebajikan".
Selain Ruri, kumpulan ini dianggotai Hexa (gitar), Lafi (bass), Tya (keyboard), Ei (gitar utama) dan Rendy (drum).
Kumpulan Repvblik merancang pelancaran album terbaru mereka pada pertengahan tahun 2014.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Repvblik
#Sandiwara Cinta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan