awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rihanna hamil anak ketiga

Agensi
Agensi
06/05/2025
01:30 MYT
Rihanna hamil anak ketiga
Rihanna tampil dalam busana Miu Miu serba kelabu, terdiri daripada blouse dan skirt ketat yang menampakkan 'baby bump'-nya, digayakan dengan but separas lutut, selendang bulu berwarna perang dan topi cloche hitam semasa menghadiri Met Gala.
NEW YORK: Penyanyi tersohor dan usahawan kecantikan, Rihanna, mengesahkan bahawa beliau kini hamil anak ketiga hasil hubungannya dengan rapper terkenal, A$AP Rocky, semasa menghadiri acara berprestij Met Gala pada Isnin.
Berita gembira itu disahkan sendiri oleh A$AP Rocky yang juga salah seorang pengerusi bersama Met Gala tahun ini, ketika menjawab ucapan tahniah daripada wartawan di karpet merah di hadapan Metropolitan Museum of Art.
“Terima kasih... terima kasih... terima kasih. Saya gembira semua orang tumpang bahagia untuk kami, sebab kami memang betul-betul bahagia,” kata Rocky kepada media.
Rihanna, 37, tampil anggun dalam busana Miu Miu serba kelabu, terdiri daripada blouse dan skirt ketat yang menampakkan 'baby bump'-nya, digayakan dengan but separas lutut, selendang bulu berwarna perang dan topi cloche hitam.
Penampilannya dirakam oleh jurugambar Miles Diggs dan dimuat naik ke Instagram sebagai pengumuman rasmi.
Rihanna sememangnya dikenali dengan gaya penuh kejutan di Met Gala, dan ini bukan kali pertama beliau mengumumkan kehamilan di acara utama.
Pada tahun 2023, beliau mengejutkan peminat apabila mendedahkan kehamilan semasa persembahan separuh masa Super Bowl, sebelum menghadiri Met Gala pada tahun sama.
Pasangan ini kini mempunyai dua anak lelaki - RZA, yang dilahirkan pada Mei 2022, dan Riot, lahir pada Ogos 2023.
Pendedahan kehamilan di Met Gala bukan sesuatu yang asing.
Pada acara 2023, bekas juara tenis dunia Serena Williams dan model terkenal Karlie Kloss turut memilih karpet merah Met Gala untuk mengumumkan kehamilan masing-masing. - Agensi
Topic Berkaitan
#Rihanna
#hamil anak ketiga
#A AP Rocky
#Met Gala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan