Rihanna selamat melahirkan anak pertama

Astro Awani
Mei 20, 2022 01:45 MYT
Rihanna dan A$AP Rocky menyambut kelahiran anak pertama mereka di Los Angeles pada Khamis. -Gambar fail/AP
LOS ANGELES: Penyanyi popular Rihanna dilapor selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 13 Mei.
Menurut laman web hiburan popular TMZ yang memetik sumber, pasangan kepada penyanyi rap terkenal A$AP Rocky itu kini berada di kediaman mereka di Los Angeles.
Pasangan tersebut mengumumkan kehamilan penyanyi kelahiran Barbados itu pada Januari lepas.
BACA: Rihanna hamil, tidak sabar tunggu kelahiran anak pertama bersama A$AP Rocky
Rihanna, atau nama sebenar Robyn Fenty, telah memenangi sembilan anugerah Grammy selain menjadi pengasas produk solekan Fenty.
Rihanna dan A$AP Rocky, 33, menjalin hubungan serius selepas bertahun-tahun mengenali diri masing-masing.
Penyanyi rap itu memberitau GQ Magazine pada Mei 2021 bahawa dia "sangat serius" mahu menjadi seorang bapa.
#Rihanna #ASAP Rocky #anak lelaki #Robyn Fenty