awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rita diminta bayar ganti rugi RM100,000

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2013
23:34 MYT
Rita diminta bayar ganti rugi RM100,000
Tindakan Rita Rudaini menarik diri selepas hanya empat hari penggambaran membawa padah apabila artis tersebut diminta pihak produksi untuk membayar ganti rugi mencecah RM100,000.
Rita membuat keputusan itu selepas merasakan janji yang dipersetujui tidak dipatuhi sebuah syarikat produksi.
Tambahnya, syarikat produksi terbabit tidak professional kerana tidak mampu menyusun jadual pelakon dan kostum dengan betul dan efektif.
Pelakon drama dan filem ini juga menyifatkan tuntutan pihak produksi tidak masuk akal berikutan dia diminta untuk menampung kos pembikinan semula drama terbabit.
“Bagi saya memang tak masuk akal diminta membayar wang tuntutan sebanyak itu, tambahan saya baru melakukan beberapa babak dalam penerbitan produksi,” kata Rita.
Justeru, Rita bertindak meminta bantuan Persatuan Seniman Malaysia untuk mewakilinya kerana gagal untuk bersemuka dengan penerbit secara baik.
“Saya harap Persatuan Seniman mampu menjadi orang tengah sekaligus menyelesaikan kemelut ini dengan baik,” tambahnya.
Saksikan laporan penuh disediakan GalaTv menerusi Astro Awani.
Topic Berkaitan
#drama
#pelakon
#produksi
#Rita Tudaini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan