HIBURAN
'Roger Moore, James Bond terhebat' - netizen
Ramai peminat Sir Roger Moore berkata kematian beliau merupakan kehilangan besar untuk industri perfileman dan anggap beliau aktor James Bond terhebat. -REUTERS/Eric Gaillard
PEMINAT hiburan meluahkan kesedihan mereka setelah pelakon British Sir Roger Moore yang terkenal dengan watak James Bond meninggal dunia.
Menerusi Twitter, ramai peminat beliau berkata ia merupakan kehilangan besar kepada industri perfileman.
Selain itu, mereka menyifatkan Moore sebagai pelakon terhebat yang memegang watak ejen MI6, 007 itu.
Beliau dilaporkan meninggal dunia di Switzerland kerana kanser.
Perkara itu disahkan ahli keluarganya dalam akaun Twitter rasmi Moore.