awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Roh' raih filem terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31

Bernama
Bernama
10/12/2021
21:41 MYT
'Roh' raih filem terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31
Wakil dari filem Roh memberi ucapan terima kasih setelah memenangi anugerah Filem Terbaik FFM-31 sambil disaksikan oleh Annuar (kanan) dan Zahidi (dua, kiri) pada Malam Anugerah FFM31 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Filem 'Roh' arahan Emir Ezwan dinobat sebagai filem terbaik pada Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) KE-31 yang berlangsung malam tadi.
Filem itu turut memenangi anugerah lain termasuk Lakon Layar Terbaik (Emir Ezwan), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Junainah M. Lojong) dan Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Putri Qaseh).
Majlis itu dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Menteri KKMM Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek.
Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Zakaria Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Dr Md Nasir Ibrahim dan Presiden OKU Sentral merangkap Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Sementara itu, pelakon Zul Ariffin merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Sangkar manakala Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Sinje Lee (The Garden of Evening Mists).
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman pula diberi kepada Fauziah Nawi dan Datuk Seri Dr Ahmad Nawab pula menerima Anugerah Khas Penggiat Belakang Tadbir.
FFM31 kali ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan konsep norma baharu serta melalui pemantauan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#roh
#Emir Ezwan
#Anugerah Festival Filem Malaysia
#KLCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan