awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosyam Nor buat laporan polis terhadap individu kaitkannya dalam Isu cerai Fattah-Fazura

Gempak
Gempak
11/10/2024
07:49 MYT
Rosyam Nor buat laporan polis terhadap individu kaitkannya dalam Isu cerai Fattah-Fazura
Rosyam yang hadir ke balai polis ditemani peguam dikenali Aizul itu juga turut menunjukkan salinan laporan polis sebagai bukti. - Gempak
PELAKON, Datuk Rosyam Nor telah membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan sebagai pernah menasihati aktor Fattah Amin sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Buat Laporan Polis
Rosyam memaklumkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Rosyam, dia juga telah menyenaraikan beberapa pengguna akaun Facebook termasuk pemilik akaun yang menggunakan nama pelawak Bell Ngasri kerana didakwa mengaibkan dirinya.
“Saya sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu berkenaan dengan penyebaran di media sosial yang berunsur fitnah dan mengaibkan saya dengan (perceraian) Fattah Amin dan Nur Fazura," katanya.
Rosyam yang hadir ke balai polis ditemani peguam dikenali Aizul itu juga turut menunjukkan salinan laporan polis sebagai bukti.
View this post on Instagram
A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)
Terdahulu, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan.
Namun, dalam perbincangan tersebut, Rosyam tidak menganggap semua wanita berperangai begitu tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap demikian.
Topik itu tiada kena mengena dengan senario kisah artis yang terpalit isu rumah tangga sebaliknya sekadar lontaran secara umum. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Rosyam Nor
#laporan polis
#penceraian
#Fattah Amin
#Fazura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan