HIBURAN
RWMF komited pacu usaha perubahan minda demi kelestarian alam

Sharzede berkata, inisiatif ini bukan direncana semata-mata di atas kertas malah telah direalisasikan dalam pelbagai program anjuran STB termasuk RWMF. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING: Penganjur Rainforest World Music Festival (RWMF), Sarawak Tourism Board (STB), sentiasa komited mengangkat agenda kelestarian dalam menjayakan kesemua program yang dianjurkannya.
Ringkasan AI
- Sarawak Tourism Board (STB) komited menjayakan agenda kelestarian dalam penganjuran Rainforest World Music Festival (RWMF) dengan menyediakan stesen eko dan botol minuman bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.
- Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor mengakui cabaran dalam mengubah rutin dan mindset masyarakat terhadap penggunaan plastik, namun optimis perubahan positif dapat dicapai melalui pendidikan berterusan.
- Festival muzik yang kini memasuki usia 28 tahun turut menguatkuasakan larangan membawa botol plastik ke kawasan acara sebagai usaha memupuk tanggungjawab bersama terhadap alam sekitar.
“(Usaha ini) bagi membolehkan orang ramai punya akses mendapatkan stok air minuman tanpa perlu membawa botol mineral plastik.
“Jadi sebagai penganjur, STB dah memulakan usaha meminta orang ramai untuk tidak membawa botol plastik sekali guna ini dan kita juga sediakan botol minuman untuk mereka.
“Langkah ini akan membuatkan orang ramai menghargai inisiatif kelestarian ini dan sedikit sebanyak mampu mengubah amalan mereka,” katanya.
Bagaimanapun Sharzede lagi, wujud cabaran dalam menjayakan setiap insiatif yang dirancang oleh pihak STB, terutama melibatkan agenda besar ini.
Namun pihaknya optimis, usaha ke arah mencapai agenda kelestarian perlu dilakukan secara konsisten agar matlamat sebenar memelihara alam sekitar dapat dicapai sepenuhnya.
“Saya rasa cabaran tu ada terutamanya melibatkan rutin seseorang. Kalau nak mengubah sesuatu rutin yang dah biasa dilakukan, memang sukar.
“Ia merupakan satu proses yang mengambil masa dan cabaran lain adalah mendepani mindset terhadap penggunaan plastik.
“Namun saban tahun kita membawa inisiatif hijau ini, ia menunjukkan ada perubahan yang baik terutama dalam kalangan generasi muda. Justeru, saya percaya pendedahan dan pendidikan terhadap isu ini mesti diberikan secara konsisten dan berterusan,” tambahnya lagi.
Selain mempromosi budaya dan muzik, RWMF terus konsisten dalam usaha mencapai matlamat kelestarian bagi memupuk tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.
Untuk itu, festival muzik yang memasuki usia 28 tahun ini telah mengumumkan bahawa botol minuman plastik tidak akan dibenarkan dibawa masuk ke kawasan festival.
Ia juga sebagai sebahagian daripada usaha lebih besar mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan memupuk tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami