PERSONALITI popular antarabangsa, Ryan Seacrest telah menandatangani kontrak sebagai hos program 'Wheel of Fortune' berkuat kuasa tahun 2024, umum Sony Pictures Television.
Seacrest yang terkenal sebagai hos American Idol dan pengacara E! News akan menggantikan hos legenda Pat Sajak yang pada bulan lalu mengumumkan keputusannya mengundurkan diri daripada program yang sudah dikendalikannya selama lebih 40 tahun.
Pengumuman ini mengejutkan sebilangan besar peminat game show itu, namun, pengurusan televisyen menjelaskan, berharap perubahan ini akan memberikan nafas baharu kepada 'Wheel of Fortune' di samping dapat menarik perhatian generasi yang lebih muda.
Seacrest telah menunjukkan kebolehannya sebagai hos yang berpengalaman dan memiliki daya tarikan yang luas di dunia hiburan.
Beliau dianggap sebagai pilihan yang tepat untuk membawa rancangan tersebut ke arah dimensi baharu.
Sekalipun menggantikan hos dianggap perubahan besar, namun pihak produksi menegaskan, Sajak akan tetap terlibat dalam 'Wheel of Fortune' sebagai penasihat dan akan berada di belakang tabir untuk menawarkan khidmat nasihat kepada Seacrest.
Seacrest pula secara peribadi menyatakan kegembiraannya untuk bergabung dengan rancangan tersebut dan berharap dapat memenuhi harapan peminat setia 'Wheel of Fortune'.
"Saya berasa sangat rendah iri untuk mengambil alih kedudukan yang ditinggalkan legenda Pat Sajak.
"Apa yang boleh saya katakan kepada seluruh rakyat Amerika, ia merupakan satu kesempatan yang terlalu luar biasa untuk menonton Pat dan Vanna (White) di skrin televisyen untuk selama 40 tahun, yang telah membuatkan kita tersenyum setiap malam dan benar-benar menikmati waktu malam bersama mereka," kata Seacrest dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Seacrest merupakan personaliti media yang disenangi ramai dan sudah bertanggungjawab mengendalikan program realiti American Idol selama 21 musim.
Beliau juga mengendalikan siaran di radio dalam segmen popular On Air With Ryan Seacrest.
- Agensi
Agensi
Tue Jun 27 2023
Ryan Seacrest telah menandatangani kontrak sebagai hos program 'Wheel of Fortune' berkuat kuasa tahun 2024 menggantikan Pat Sajak.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ryan Seacrest hos baharu Wheel of Fortune
Seacrest mengambil alih tugas daripada Pat Sajak yang mengendalikan program itu selama 41 tahun.
Ryan Seacrest ganti Pat Sajak sebagai hos 'Wheel of Fortune'
Pemilihan Ryan Seacrest ganti Pat Sajak dianggap tepat untuk membawa rancangan tersebut ke arah dimensi baharu.
'Keeping up with the Kardashians' berakhir selepas 20 musim
Bintang popular, Kim Kardashian West menerusi satu entri di laman Instagram rasminya pada Rabu berkata keputusan untuk menamatkan rancangan terbitan E! tersebut dibuat ahli keluarga Kardashian-Jenner.
American Idol kembali bersiaran, pertama kali dari lokasi pentas berbeza
Kesemua 20 peserta bakal beraksi dari lokasi pentas yang berbeza sambil dinilai para juri secara dalam talian.
Rupa-rupanya.. BTS pencetus fenomena #microwavechallenge
Kumpulan ikonik K-pop, BTS (Bangtan Boys) yang menjadi pencetus idea pergerakan tari "Microwave Challenge" yang kini sedang viral.
Khloe Kardashian selamat timang puteri sulung
Khloe Kardashian selamat melahirkan bayi perempuan pada Khamis.
American Idol anugerahkan pemenang terakhir
Trent Harmon dari Mississippi memenangi gelaran tersebut dengan menewaskan pesaingnya La'Porsha Renae dalam acara kemuncak musim ke-15 ini.
Pak Nil cuba nasib jadi pengacara E! News
Datuk Aznil Nawawi berpeluang mencuba menjadi pengacara program hiburan terkemuka E! News di samping Giuliana Rancic, Jason dan Terrence.
Nocturnal oleh Yuna "America's Malaysian Sweetheart" dilancarkan hari ini
Yuna, penyanyi Malaysia yang kini bermastautin di Amerika Syarikat melancarkan album terbarunya yang berjudul "Nocturnal" hari ini.
Selebriti tidak endahkan memo di Grammy
Rangkaian televisyen AS, CBS telah pun mengeluarkan amaran agar tidak berpakaian yang mendedahkan pada majlis Grammy ini, namun begitu sebilangan bintang ternama sengaja melanggar amaran tersebut.