awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah! Michelle Yeoh bintangi filem adi wira Marvel 'Shang-Chi'

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/12/2020
05:49 MYT
Sah! Michelle Yeoh bintangi filem adi wira Marvel 'Shang-Chi'
Michelle akan memegang watak sebagai Jiang Nan - Gambar Instagram / michelleyeoh_official
AKTRES terkenal Tan Sri Michelle Yeoh secara rasmi mengesahkan akan membintangi filem adi wira terbaharu terbitan Disney, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (Shang-Chi), sekali gus menjadi pelakon Malaysia pertama yang tampil dalam filem Marvel Cinematic Universe.
Bintang Hollywood kelahiran Ipoh itu berkongsi berita gembira tersebut kepada pengikut dan peminat-peminat menerusi kemas kini di laman Instagram beliau.
"Akhirnya, rasmi, saya sebahagian daripada filem adi wira Shang-Chi.
"Terima kasih Marvel. Terima kasih kepada penerbit, para pelakon dan kru yang memastikan kami selamat ketika situasi sukar ini.
"Terima kasih Sydney untuk langkah pencegahan dan peraturan penjarakan sosial," tulis pelakon berusia 58 tahun itu dalam entri tersebut, pada Sabtu.
Michelle akan memegang watak sebagai Jiang Nan.
Selain itu, pelakon filem sekuel Ip Man, Master Z: The Ip Man Legacy itu turut menzahirkan keterujaan kerana digandingkan semula dengan pelakon lain termasuk bintang Crazy Rich Asian, Awkwafina dari Amerika Syarikat (AS) yang memegang watak Katy.
"Ia adalah satu perjalanan yang sangat istimewa, perjumpaan semula yang menakjubkan bersama kawan-kawan lama dan satu peluang yang indah
"Ingatlah, bersatu kita teguh dan akan kuat dan lebih kuat. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semua nanti," tambahnya lagi.
Selain Michelle dan Awkwafina, Shang-Chi akan turut menampilkan Simu Liu (Shang-Chi); Tony Leung (Wenwu); Meng'er Zhang (Xialing); Ronny Chieng (Jan Jan); Fala Chen (Jiang Li); serta Florian Munteanu (Razor Fist).
View this post on Instagram
A post shared by Michelle Yeoh 楊紫瓊 (@michelleyeoh_official)
Shang-Chi dijangka ditayang di pawagam pada 9 Julai 2021.
Filem Shang-Chi mengisahkan tentang seorang pelatih seni mempertahankan diri yang hebat. Shang-Chi terpaksa berdepan dengan kisah silamnya dan kembali 'terperangkap' dalam taktik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Ten Rings.
Topic Berkaitan
#Instagram
#Disney
#Hollywood
#Sydney
#Asia
#Ipoh
#Shang-Chi
#Filem superhero Marvel
#Michelle Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan