Skip to main content

Hiburan

Salman buat komen sinis terhadap Shah Rukh

41360230756_295x200.jpg
Permusuhan diantara dua bintang Bollywood terkenal Shah Rukh Khan dan Salman Khan telah pun reda.

Namun ia kembali keruh apabila Salman baru baru ini mengeluarkan kata-kata sinis terhadap pelakon itu.

Menurut laporan One India, kejadian tersebut berlaku semasa penggambaran iklan di India bersama pelakon Aamna Sharif.

Sumber memberitahu, pengarah iklan tersebut tidak berpuas hati dengan penggambaran adegan pertama yang dijalankan dan meminta Salman untuk mengulanginya semula.

Namun permintaan itu membuatkan Salman marah sehingga mengeluarkan ayat bernada sinis terhadap beberapa nama besar Bollywood.

Dia telah berkata "Jika kau mencari orang yang pandai berjalan, carilah model. Kalau nak cari orang yang boleh berlakon, panggil Hrithik (Roshan) dan kalau mahu mendapatkan orang yang ‘over acting’, Shah Rukh (Khan) orangnya.”

Salman Khan dan Shah Rukh Khan sebelum ini mempunyai perselisihan faham yang panjang kerana sering bersaing sehingga tidak bertegur sapa.

Advertisement

Must Watch Video