Selepas empat tahun menyepi, bintang pop, Sasi The Don akan membuat kemunculan semula dengan single terbaharunya dalam bahasa Tamil berjudul 'A B C D'.
Selepas menghasilkan muzik rentak reggae selama 18 tahun, Sasi atau nama sebenar Sasidharan Chandran bekerjasama dengan artis dari India Dr Anuradha Sriram untuk single terbaharunya.
"Lagu ABCD ini adalah mengenai kembali kepada perkara-perkara asas. Bermula untuk menghargai perkara asas dalam kehidupan. Saya mengambil masa sebulan untuk menyiapkan lagu ini," kata penyanyi berusia 40 tahun itu kepada Bernama di sini baru-baru ini.
ABCD, digubah oleh Sasi dan ditulis bersama Navin D'navigator dan Saran Narayan, akan dilancarkan pada minggu pertama Oktober sempena perayaan Deepavali.
Sasi berkata, beliau berehat selama empat tahun bagi menghabiskan lebih banyak masa dengan anak perempuannya.
Ditanya mengapa Anuradha menjadi pilihannya, Sasi berkata beliau merupakan seorang penyanyi yang mempunyai personaliti mengagumkan dan pemberi inspirasi kepadanya di sepanjang karier beliau dalam muzik.
Inilah kali pertama Anuradha, yang telah menyanyikan lebih daripada 6,000 lagu di Kollywood, bersetuju untuk bekerjasama dengan seorang artis di luar industri filem India.
Sasi pula sehingga kini telah menghasilkan lima album, dan sedang menyiapkan album terbaharunya berjudul 'Timeless'.
Ketika ditemui, Anuradha menyatakan kegembiraannya kerana dapat bekerjasama dengan artis Malaysia dan berkata ia adalah satu pengalaman unik bekerja dengan Sasi.
"Saya dikenali dengan melodi dan lagu klasik tetapi lagu ini lebih kepada reggae dan moden. Namun, saya gembira kerana dapat melakukannya," kata penerima anugerah 'Kalaimamani' satu anugerah tertinggi Tamil Nadu.
Anuradha berkata lagu itu dirakamkan di Chennai, India, manakala Malaysia dipilih sebagai destinasi untuk rakaman klip video lagu tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 09 2018
Sasi berkata, beliau berehat selama empat tahun bagi menghabiskan lebih banyak masa dengan anak perempuannya. Foto Facebook / Sasi The Don / Fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Sasi The Don kembali dengan 'ABCD'
ABCD, digubah oleh Sasi dan ditulis bersama Navin D'navigator dan Saran Narayan, akan dilancarkan pada minggu pertama Oktober sempena perayaan Deepavali.