awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu" - Ude, keyboardist Gegar Vaganza 4

Gempak
Gempak
01/12/2017
08:44 MYT
"Saya dan Izreen kahwin 8 Ogos lalu" - Ude, keyboardist Gegar Vaganza 4
Ude minta semua pihak hentikan spekulasi yang mampu menggangu emosi kedua-dua isterinya.
PEMUZIK Gegar Vaganza 4 (GV4), Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, mengakui telah bernikah dengan pelakon popular Izreen Azminda, 32, pada 8 Ogos lalu. Bagaimanapun Muhammad Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude merahsiakan lokasi pernikahan mereka. "Ya, kami sudah bergelar suami isteri sejak lebih dua bulan lalu. "Buat masa ini, saya tidak akan memberikan kenyataan berhubung pernikahan dengan Izreen. Sebaliknya, ia hanya akan dikongsi pada majlis doa selamat yang dirancang pada minggu hadapan," katanya. BACA: 'Doakan yang terbaik untuk kami' - kahwin suami orang, ini jawapan Izreen Azminda BACA: Saya baru tahu suami kahwin pelakon popular 2 minggu lalu - Isteri pemuzik Ude berkata demikian ketika mengulas kenyataan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 32, yang rela bermadu dengan aktres popular. Sehubungan itu Ude memohon agar semua pihak berhenti menyebarkan spekulasi dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isterinya. “Banyak spekulasi yang timbul apabila isteri pertama memberi kenyataan, hari ini. "Saya mohon hentikan kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya. "Saya mengharapkan pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangga saya. Intan dan Izreen adalah isteri saya. "Saya menjadi ketua keluarga, jadi beri peluang untuk saya menguruskan dua isteri dan anak-anak saya. Doakan kehidupan kami bahagia seperti pasangan lain," katanya. Ude dan Intan Liana yang mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan. Mengulas dakwaan mengatakan rumahtangga bersama isteri pertama berantakan selepas berkahwin secara sembunyi dengan Izreen, Ude menafikannya. Ude turut memohon pihak media juga tidak mengganggu privasi keluarganya. "Apa saja kenyataan biarlah saya menjawabnya. Jangan sentuh emosi dan menyalahkan Izreen atas takdir jodoh kami. "Sebagai suami, saya sedaya upaya mahu menjaga hati kedua-dua isteri demi keharmonian rumah tangga," katanya. Sumber: BH Online
Foto: Facebook Intan Liana
Topic Berkaitan
#bermadu
#Gegar Vaganza
#Izreen Azminda
#kahwin
#Muhammad Radzi
#nikah
#pelakon
#pemuzik
#Ude
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan