awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya hutang lagi dua' - Elyana masih jalani kemoterapi walaupun sudah bebas kanser

Gempak
Gempak
06/06/2022
03:30 MYT
'Saya hutang lagi dua' - Elyana masih jalani kemoterapi walaupun sudah bebas kanser
Elyana mengakui masih lagi berhutang rawatan kemoterapi walaupun sudah pulih daripada penyakit berkenaan. -Gempak
UMUM mengetahui yang penyanyi dan pelakon Elyana sudah bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dideritai sejak 11 tahun lalu.
Sungguhpun begitu, menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, Elyana mengakui masih lagi ‘berhutang’ rawatan kemoterapi walaupun sudah pulih daripada penyakit berkenaan.
“Hari ini adalah kemoterapi saya yang saya hutang lagi dua. Jadi kenapa saya buat kemoterapi?
"Ramai yang tanya. Kerana saya bertanggungjawab terhadap diri saya untuk habiskan dua lagi baki kemoterapi yang sepatutnya saya habiskan.
“Jadi hari ini merupakan hari yang sesuai (untuk menyambung semula rawatan),” kongsi Elyana di Instagramnya.
Justeru, menerusi perkongsian seterusnya, Elyana memberitahu yang proses rawatan kemoterapinya telah berjaya dan dia mempunyai baki satu lagi rawatan yang perlu diselesaikan.
View this post on Instagram
A post shared by Nana Emrizal (@elyanaofficial1)
“Alhamdulillah! Selesai chemo… ada balance satu kali lagi. Result darah alhamdulillah bagus… hati, paru-paru semua cun. Tapi darah merah je kurang sikit bacaan 11.
“Tapi banyak beza… masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je. Masa tu kena masuk darah. Terima kasih kepada yang selalu menderma darah, tak ternilai jasa anda. Love you!” tulisnya.
BACA: Elyana jalani radioterapi di bahagian hati, pinggul
BACA: 'Muntah, takut, seluruh badan rosak' - Elyana mohon peminat memahami, bukan menghakimi
BAAC: Elyana bebas kanser, perjuangan 11 tahun berhasil
Untuk rekod, Elyana pernah membuat kejutan apabila mendedahkan penyakit kanser limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza 4 pada 2017.
Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu, dia menghidap kanser sejak 2010 dan jangkaan awal doktor, hanya mampu hidup selama setahun.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#elyana
#kanser limfoma
#kemoterapi
#Gegar Vaganza 4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan