'Saya tak boleh bau, tapi...' - Cik B positif COVID-19

Gempak
November 19, 2021 20:43 MYT
Menurut pemilik nama lengkap Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu, keadaannya tidak serius dan baik-baik sahaja setakat ini. - Foto Instagram @cikb_havoc66
PELAKON dan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B disahkan positif COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Cik B menerusi sebuah video di akaun Instagramnya malam tadi.
Namun menurut pemilik nama lengkap Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu, keadaannya tidak serius dan baik-baik sahaja setakat ini.
"Guess what? Cik B terkena jangkitan COVID-19, tapi tak apa, tiada yang serius.
"Cuma Cik B tak boleh bau, rasa masih boleh, Cik B kena baru lagi, sekarang sedang kuarantin dalam bilik Cik B," katanya dalam video tersebut.
Dalam pada itu, Cik B turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buatnya.
"Cik B nak korang tolong doakan untuk Cik B, terima kasih, stay safe semua di luar sana, love you bye," katanya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Cik B dan rakan industri memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia sembuh segera.
#Datuk Seri Vida #Cik B #positif COVID-19 #kuarantin