PELAKON terkenal Erra Fazira terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat sengaja ingin mencetuskan sensasi dengan mereka cerita tatkala nama bekas suaminya Engku Emran sedang hangat diperkatakan selepas bersecerai dengan isteri, Noor Nabila.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik menjelaskan dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.
Katanya lagi, dia amat menghormati privasi Engku Emran sebagai bapa kepada anaknya.
“Jangan macam ni. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah. Saya tak pernah memberikan sebarang komen sebegini.
“Saya hormat privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tulisnya.
Malah, Erra turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan tajuk sebuah hantaran yang dipercayai dimuat naik di aplikasi Facebook.
Dalam hantaran tersebut, Erra didakwa tahu mengenai sikap sebenar Engku Emran yang menjadi punca penceraiannya dengan Noor Nabila.
Sementara itu, pelakon filem Sembilu ini turut mengingatkan semua pihak untuk tidak mempersenda kehidupan orang lain lebih-lebih lagi selepas ditimpa ujian.
“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Engku Emran melafazkan cerai talak satu terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
Untuk rekod, Engku Emran dan Noor Nabila telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat Nabila selepas bercerai dengan Sharnaaz pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup dengan Sharnaaz, mereka dikurnikan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tanga dengan Erra pada 25 Oktober 2007. Bagaimanapun, perkahwinan mereka itu hanya bertahan selama tujuh tahun.
Engku Emran dan Erra dikurnikan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.
Malah, Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun, bahtera perkahwinan tersebut turut berakhir dengan penceraian. -Gempak
Gempak
Tue Sep 26 2023
Erra (tengah) menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran (kiri) seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial. -Gempak
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Polis Kelantan kenal pasti penulis buat hantaran mengenai pedofilia di Tumpat
Polis telah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Tumpat.
Tular harga sotong manis RM50 seekor
Orang ramai diminta berhati-hati menjamu selera di pusat bandar Kota Kinabalu selepas dikenakan bayaran RM50 untuk seekor sotong.
Gambar profil Fadillah diguna untuk akaun WhatsApp, Telegram dan FB palsu
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan terdapat individu menggunakan gambar profil beliau menerusi WhatsApp, Telegram serta Facebook.
Pemain bola sepak El Ghazi saman Mainz 05 yang memecatnya kerana hantaran pro Palestin
El Ghazi menyaman Mainz selepas kelab itu menamatkan kontraknya pada 3 Nov berikutan hantaran di Instagram yang menyokong Palestin.
'Saya tak pernah beri komen begini' - Erra Fazira hormati privasi Engku Emran
Erra menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.
Penolong pengurus didakwa buat hantaran jelik di Twitter
Mohamad Arif didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Bursa Malaysia beri amaran penipuan pelaburan menyamar sebagai institusi sah
Bursa Malaysia Bhd menasihatkan pelabur agar lebih berwaspada daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan.
Pas Selangor dakwa akaun Twitter Roslan Shahir digodam
Pas Selangor dalam satu hantaran di Facebook berkata pihaknya kesal dengan tindakan pemain politik yang menggunakan serangan peribadi kepada Roslan.