ISTANBUL: Syarikat permainan video Jepun Sega menawarkan EUR706 juta (AS$776.5 juta) untuk memperoleh Rovio, pemilik permainan mudah alih popular 'Angry Birds', lapor Agensi Anadolu.

Menurut kenyataan bersama oleh firma pada Isnin, Sega menawarkan EUR9.25 sesaham bagi Rovio yang berpangkalan di Finland.

"Menggabungkan kekuatan Rovio dan Sega bakal menyaksikan masa depan yang sangat mengujakan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rovio Alexandre Pelletier-Normand.

Haruki Satomi, Ketua Pegawai Eksekutif Sega, berkata pasaran permainan mudah alih penting untuk matlamat jangka panjang Sega, yang telah mengeluarkan banyak permainan video setakat ini, termasuk Sonic Hedgehog.

--BERNAMA-ANADOLU