awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Segalanya terlalu sukar, tolong benarkan saya pergi" - Mesej terakhir Jonghyun sebelum bunuh diri

Gempak
Gempak
19/12/2017
06:00 MYT
"Segalanya terlalu sukar, tolong benarkan saya pergi" - Mesej terakhir Jonghyun sebelum bunuh diri
Jonghyun atau nama sebenarnya Kim Jong Hyun dilaporkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital. - Foto Astro GEMPAK
KAKAK kepada anggota kumpulan SHINee, Jonghyun, Kim So Dam mengesahkan adik kesayangannya itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
Menurut pihak polis, Kim So Dam telah menerima nota bunuh diri daripada Jonghyun sebelum dia membuat panggilan mengenai perkara itu.
“Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal,” – mesej terakhir Jonghyun.
BACA: Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun
Kim So Dam telah membuat panggilan kepada pihak polis kira-kira jam 4:42 petang.
“Adik saya telah menghantar nota bunuh diri,” katanya ringkas.
Terdahulu, penyanyi berusia 27 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah apartmen servis di Seoul kira-kira jam 6.10 petang semalam (18 Disember) selepas laporan dibuat.
Difahamkan Jonghyun telah mendaftar masuk ke pangsapuri tersebut untuk dua malam.
Jonghyun atau nama sebenarnya Kim Jong Hyun dilaporkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.
Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida yang berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya. - Sumber: Koreaboo/Allkpop
Topic Berkaitan
#arang
#asap karbon monoksida
#bunuh diri
#Jonghyun
#K-pop
#karier
#kematian
#Kim Jong Hyun
#Kim So Dam
#meninggal dunia
#muzik
#polis
#Seni
#Shinee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan