awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Lamborghini Batman RM5.6 juta terbakar, Raffi Ahmad umum berehat dari dunia seni

Gempak
Gempak
22/10/2019
04:34 MYT
Selepas Lamborghini Batman RM5.6 juta terbakar, Raffi Ahmad umum berehat dari dunia seni
RAFFI AHMAD: "Saya mahu berubat, mahu berhibur dan melakukan perkara yang membuat keluarga saya bahagia." - Foto Instagram
"BUKAN pamit (ucap selamat tinggal), istirehat sejenak," itu antara kata-kata akhir daripada pelakon popular Indonesia, Raffi Ahmad yang memutuskan untuk berehat seketika dari dunia seni.
Tambah pelakon filem 40 Hari Bangkitnya Pocong itu, keputusannya untuk berehat demi meluangkan lebih masa bersama keluarga terutama isteri, Nagita Slavina dan anak lelakinya, Rafathar.
"Alhamdulillah sudah 20 tahun dalam dunia hiburan Indonesia. Banyak yang percaya pada saya, Gigi (panggilan isteri) dan Rafathar.
"Banyak yang saya lalui daripada segi kehidupan dan pastinya kerjaya. Sepanjang hidup saya diisi kerja, kerja, kerja sampai semuanya banyak yang ketinggalan. Termasuk keluarga.
"Keputusan yang amat berat. Setelah membuat pertimbangan dalam tempoh yang panjang, saya memutuskan untuk beristirehat sejenak daripada kegiatan saya di sini.
"Saya mahu berubat, mahu berhibur dan melakukan perkara yang membuat keluarga saya bahagia," tulisnya menerusi entri di Instagram malam tadi.
View this post on Instagram
❤️❤️
Terdahulu, Raffi dikejutkan dengan insiden kereta mewah Lamborghini Aventador hitam yang tiba-tiba terbakar di Bogor, Indonesia pada Sabtu lalu.
Difahamkan ketika kejadian Raffi dalam perjalanan menuju ke sebuah majlis namun jentera mewah bernilai RM5.6 juta itu tiba-tiba berasap kerana overheat.
Topic Berkaitan
#Bangkitnya Pocong
#hiburan
#Indonesia
#Instagram
#Nagita Slavina
#Rafathar
#Raffi Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan