PELAKON Nad Zainal menegur tindakan seorang peniaga atas talian yang menggunakan kisah rumah tangganya dengan mereka cerita untuk melariskan perniagaan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nad berkata peniaga tersebut telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa aktres itu sudah tidak selesa hidup bersama suaminya, Ungku Ismail.
“Kot iya pun nak jual barang dekat Sho***, tak perlulah tulis macam ini (fitnah), dah netizen percaya. Ke ada Nad Zainal lain? Sebab Nad Zainal yang ini, yang tulen.
“Jaranglah saya nak buka mulut canang kisah rumah tangga. Baru kes Freemason habis, nampaknya sahaja (kelakuan memfitnah).
"Penat saya tekan link, bagi link, rupanya suruh shopping, semoga bertaubat,” katanya.
Justeru pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkata dia enggan mengambil pusing berkenaan hal tersebut kerana tidak mahu emosinya terganggu.
“Saya ada 21 babak hari ini, saya nak jaga mood di set pengambaran. Jangan suka buat kelakar di media sosial ya. Nanti ramai yang lurus percaya ya,” ujarnya.
Untuk info, Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan aktres itu mempunyai dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2, hasil perkahwinan dengan bekas suami, Muhammad Faliq. -Gempak
Gempak
Thu Jul 06 2023
Nad berkata peniaga tersebut telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa aktres itu sudah tidak selesa hidup bersama suaminya, Ungku Ismail. -Gempak
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nad Zainal tak nak kusutkan otak, kawan dengan semua!
Ketika rakan-rakan artis mengulas mengenai hubungan dengannya yang didakwa renggang, Nad Zainal memilih untuk tidak memanjangkan isu itu.
'Insya-Allah bersalin Oktober' - Nad Zainal hamil anak ketiga
Nad berkata dia kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai berita gembira itu susulan baby bump yang sudah jelas kelihatan.
'Semoga bertaubat' - Nad Zainal tegur peniaga online reka cerita untuk lariskan perniagaan
Nad berkata peniaga tersebut telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa aktres itu sudah tidak selesa hidup bersama suaminya, Ungku Ismail.
Nad, Ungku Ismail sah bergelar suami isteri
Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kini bergelar suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di ibu negara, pada Sabtu.
Tabung kecemasan Nad Zainal berjaya kutip RM270,000 - Ungku Ismail
Pelakon Ungku Ismail memaklumkan Tabung Kecemasan Nad Zainal yang dilancarkan sebelum ini berjaya mengutip sebanyak RM270,000 hasil sumbangan orang ramai.
"Nad Zainal kembali bergantung pada alat bantuan pernafasan, oksigen merosot" - Ungku Ismail
Pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad Zainal terpaksasemula kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Nad Zainal sudah boleh bercakap
Ungku Ismail jelaskan, Nad Zainal sudah menunjukkan perkembangan positif.
'Dia dah buka mata, mulai sedar, tapi...' - Ungku Ismail kongsi keadaan terkini Nad Zainal
Ungku Ismail memaklumkan Nad menunjukkan perkembangan positif sejak tiga hari lalu dan sudah mula sedarkan diri.
Bukan berpunca dari ubat kurus! Shahrulezad dedah buah pinggang Nad Zainal dalam keadaan baik
Shahrulezad berkata kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan.
'Saya nampak air matanya' - Marsha Milan sempat ziarah Nad Zainal di ICU
Anak kelahiran Sabah itu menjelaskan dia dan beberapa rakan selebriti lain berhasrat untuk mengadakan sesi reunion bersama-sama apabila Nad sudah sedar.