Penyanyi Bunga Citra Lestari berharap semua pihak dapat berdoa untuk kesejahteraan arwah suaminya, Ashraf Sinclair, yang menghembuskan nafas terakhir pada dinihari Selasa di kediaman mereka di Jakarta, lapor Kompas.com.
Ditemui setelah selesai upacara pengebumian di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Bunga yang tidak banyak berkata-apa-apa sejak menerima ketentuan khabar duka itu, akhirnya membuka mulut.
“Untuk teman-teman semuanya, saya cuma mahu minta doa untuk Ashraf, semoga diberi jalan yang lapang dan diberikan yang terbaik untuk Ashraf di sana.”
Tidak ketinggalan, Bunga juga meminta agar didoakan juga buat anak mereka, Noah Sinclair, yang kelihatan sugul malah beberapa kali menangis teresak-esak sewaktu jenazah bapanya dikebumi.
“Saya minta doa untuk Ashraf, doa untuk Noah.. Itu saja yang boleh saya katakan hari ini. Terima kasih buat teman-teman semua. I hope everything will get better soon,” katanya.
Bunga yang berbiras kepada penyanyi Yuna itu turut menzahirkan penghargaan kepada petugas media.
“Mudah-mudahan Ashraf bisa dapat banyak doa dari rakan media yang hadir. Terima kasih (kerana) selama ini sudah memberikan laporan pemberitaan yang baik mengenai saya dan Ashraf,” ucapnya lagi.
BACA: "Bunga, terima kasih kerana mencintai anak saya" - Bapa Ashraf Sinclair
BACA: Ashraf Sinclair meninggal dunia
BACA: Bunga Citra Lestari kehilangan kata-kata...
Sementara itu, kisah cinta pasangan yang sudah melayari bahtera rumahtangga selama 11 tahun itu, kembali disoroti para peminat mereka.
Antaranya adalah kata-kata Bunga dalam sebuah wawancara sebuah program pada akhir tahun lalu yang dimuat naik ke saluran perkongsian video YouTube InsertLive. Bunga menyatakan bahawa dirinya tidak pernah membayangkan hidupnya tanpa Ashraf di sisi.
"Sampai sekarang aku tidak pernah bisa membayangkan hidupku tanpa Ashraf," ujar Bunga. "Sampai sekarang pandangan aku masih seperti itu. Jadi mudah-mudahan kita berdua terus diberi kekuatan untuk bisa terus mencintai satu sama lain."
Astro Awani
Tue Feb 18 2020

Bunga mohon arwah suaminya, dan juga anka mereka, Noah, didoakan. - Instagram @bclsinclair

PM Anwar harap hubungan diplomatik Malaysia, Mesir terus kukuh
Dalam pertemuan tersebut, Nasr memaklumkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sahabat semakin erat di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.
ASEAN 2025 | 29 April
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Sindiket dadah antarabangsa tumpas, rampasan lebih RM82 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tiga beradik lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM82 juta dalam tiga serbuan di Kajang dan Cheras.
Thailand masih menunggu maklum balas AS bagi tarikh rundingan
Thailand sedang menunggu maklum balas daripada Amerika Syarikat mengenai tarikh bagi mengadakan rundingan berhubung tarif timbal balik diumumkan Presiden Donald Trump.
Indorama bakal labur RM8.6 billion projek amonia biru di Amerika Syarikat
Langkah itu adalah sebagai sebahagian usaha meredakan rundingan tarif antara Indonesia dan Amerika Syarikat
Pasukan Prabowo diarahkan pastikan pekerja diberhentikan terima pampasan
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, merancang menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani isu pengangguran yang dijangka meningkat susulan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat.
Thailand terima kemasukan 11.84 juta pelancong setakat ini
Thailand menerima kemasukan sekitar 11.84 juta ketibaan pelancong asing setakat tahun ini, meningkat sebanyak 0.12 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ho Chi Minh sambut ulang tahun ke-50 perang Vietnam
Bandaraya Ho Chi Minh dipenuhi dengan bendera dan poster sebagai persiapan menyambut ulang tahun ke-50 berakhirnya perang Vietnam. Ia bagi mengingati peristiwa bersejarah penyatuan semula Vietnam Utara dan Selatan pada tahun 1975.

PM Anwar harap tempoh gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan
Anwar menekankan kepentingan gencatan senjata untuk memastikan bantuan kemanusiaan diberikan tanpa diskriminasi.
Untung bersih Westports FY25 diramal susut - CGS International
CGS International berkata, kumpulan itu juga berkemungkinan berdepan kelewatan selama enam bulan bagi pelaksanaan kenaikan caj pngendalian terminal disebabkan ketidaktentuan makroekonomi.

Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
Ahmad Sanusi berpesan kepada golongan atau pasangan yang belum berkahwin, janganlah menormalisasikan perkara yang dilarang Allah.

Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran
Astro AWANI difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.

Op Sky: Syarikat kewangan tawar komisen bawa pelanggan baharu
SPRM mendapati syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky, menawarkan komisen kepada pelanggannya yang memperkenalkan pelanggan baharu.

Artis dinasihat semak sebelum terima tawaran, elak dieksploitasi
Freddie Fernandez berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan mereka dieksploitasi oleh perniagaan yang menyalahi undang-undang.

Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.

Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.

#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.

Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.

Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.