awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sheila Majid luah rasa syukur, Kayda selamat bertunang

Gempak
Gempak
16/06/2025
07:18 MYT
Sheila Majid luah rasa syukur, Kayda selamat bertunang
Menurut Sheila, dia bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan mendoakan agar urusan ke peringkat seterusnya dipermudahkan. - Foto IG Sheila Majid via Gempak
PENYANYI Datuk Sheila Majid, 60, meluahkan rasa syukur selepas anak perempuannya, Kayda Aziz selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Syafiq.
Sheila berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya pada Ahad.
Menurut Sheila, dia bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan mendoakan agar urusan ke peringkat seterusnya dipermudahkan.
“Dia dah bertunang, semoga Allah permudahkan segala urusan,” coretnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan video pendek yang merakamkan momen sepanjang majlis pertunangan Kayda berlangsung.
Sementara itu di ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga turut mengucapkan tahniah kepada Sheila dan anaknya. Antaranya Anuar Zain, Che Puan Sarimah, Noryn Aziz, Ning Baizura dan Ella.
Untuk into, Kayda merupakan anak sulung Sheila hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer, Roslan Aziz.
Sheila dan Roslan mendirikan rumah tangga pada 1989 namun jodoh mereka tidak panjang dan mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2000.
Sheila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan komposer, Acis pada tahun 2003.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro Gempak
Topic Berkaitan
#anak Sheila Majid bertunang
#Kayda Roslan
#Sheila Majid dan Acis
#Kayda selamat bertunang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami